Pesanan Ian Wright terhadap Mesut Ozil menjelang pertembungan menentang Chelsea.

Bintang sensasi Arsenal, Mesut Ozil mesti melupakan kritikan yang diterima beliau dan memberi tumpuan untuk mengubah persembahannya di padang.



Itulah pesanan yang diberikan oleh bekas penyerang Arsenal dan England, Ian Wright kepada Ozil.

Ozil sering menjadi subjek kritikan sepanjang karier beliau bersama Arsenal dan terbaru ketika kekalahan pada perlawanan pembukaan The Gunners kepada Manchester City Ahad lalu.

Pemain kelahiran Jerman itu mengumumkan persaraan beliau daripada pentas antarabangsa selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia pada musim panas baru-baru ini di mana pasukan Joachim Low gagal melepasi peringkat kumpulan.

Ozil mendakwa beliau menjadi subjek 'perkauman dan tidak dihormati' berikutan pertemuannya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.


Namun beliau kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada Arsenal, di mana beliau telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Arsenal buat tiga musim berikutnya.

Dan Wright berkata, kini terserah kepada Ozil untuk membuktikan bahawa kritikan terhadap beliau itu adalah salah dan mempamerkan aksi sebenar, terbaik daripada dirinya.



"Mesut Ozil telah memulakan musim ini, dia datang dari Piala Dunia, Piala Dunia yang mengecewakan untuk Jerman," kata Wright kepada ESPN.

"Dia merupakan orang yang selalu mendapat banyak kritikan."

"Ia terpulang kepada Mesut Ozil untuk bangkit darinya dan cuba tampil dengan cara yang sememangnya orang mengetahui bahawa dia mampu melakukannya."

"Ia akan menjadi sukar, kerana dia seorang yang sentiasa dijaga (oleh pihak lawan)."

"Orang tahu apa yang dia mampu lakukan jika dia diberi ruang  dan masa."

"Jadi mereka tidak akan memberikannya (peluang) itu, mereka akan menafikannya (menghalang)."

"Jadi terserah kepadanya untuk cuba dan mencari ruang itu serta cuba mengubah dan memberi kesan terhadap perlawanan itu."

Ozil dan Arsenal kembali beraksi awal pagi Ahad ini menentang Chelsea di Stamford Bridge dengan Chelsea telah memenangi perlawanan pembukaan menentang Huddersfield 3-0 Sabtu lepas.

Post a Comment

Previous Post Next Post