Arsenal dan Manchester City 'serius' untuk tandatangani Nabil Alioui.


Arsenal dan Manchester City dilaporkan serius untuk mendapatkan pemain muda AS Monaco manakala kelab tersebut mahu mengikat pemain tersebut dengan menawarkan pembaharuan kontrak.

Pemain muda AS Monaco, Nabil Alioui menjaringkan dua gol untuk Perancis dalam dua penampilan pada Kejohanan Bawah 19 Tahun Eropah yang berlangsung di Finland bulan lalu.

Selain itu, Alioui juga mewakili AS Monaco pada saingan Liga Remaja UEFA untuk dua musim sebelum ini dimana beliau telah menjaringkan lima gol dalam 11 penampilan.

Musim Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2017/18 UEFA Youth League 5 5 -
2016/17 UEFA Youth League 6 - -

Menurut laporan akhbar Belgium, Het Laatste Nieuws mendakwa bahawa kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City berminat untuk menandatangani pemain berusia 19 tahun itu.

Arsenal dan Manchester City kini serius mengejar pemain yang mampu beraksi pada posisi sayap dan juga penyerang yang masih belum membuat debut pertamanya di Stade Louis II.

Sebaliknya, Monaco pula dilaporkan mahu mengikat pemain remaja itu dengan perjanjian baru dan kemudiannya akan membenarkan pemain tersebut menyertai kelab Belgium, Cercle Brugge secara pinjaman.

Pun begitu, laporan itu juga menyebut dimana kelab tersebut masih belum pasti sama ada Alioui akan terus kekal bersama Cercle Brugge (pinjaman) atau memilih salah satu kelab Inggeris, Arsenal atau Manchester City.

Selain Arsenal dan Manchester City, Fulham turut dikaitkan dengan pemain muda AS Monaco ini.

Namun ianya tidak jelas sama ada kelab-kelab Inggeris tersebut mahu menandatangani secara tetap ataupun secara pinjaman.

Kontrak Nabil Alioui bersama AS Monaco B bakal berakhir pada 30 Jun 2021 dan nilai pasaran pemain ini dianggarkan sekitar €600k-800k.

Dan beliau ketika ini beraksi bersama  Cercle Brugge secara pinjaman sehingga 30 Jun 2019 dan kelab Belgium itu (Cercle Brugge) turut dimiliki oleh AS Monaco yang mengambil alih kelab tersebut pada tahun 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post