Misi mustahil AS Roma bawa Granit Xhaka ke Itali

Misi mustahil AS Roma bawa Granit Xhaka ke Itali. Kredit foto: Calciomercato

Misi mustahil buat Roma untuk membawa pemain tengah Arsenal sertai mereka setelah pemain tersebut dilaporkan mahu kekal di Emirates.

Menurut laporan dari media Itali, pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka mahu kekal bersama Arsenal meskipun kelab Itali, AS Roma berminat untuk mendapatkan beliau dan peluang untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tidak berjaya menggoda beliau.

Pemain antarabangsa Switzerland itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke AS Roma dalam beberapa hari ini. 

Dan dua hari lalu, kami melaporkan bahawa Pengarah Sukan Roma, Monchi telah menetapkan sasaran beliau untuk mendapatkan Xhaka pada jendela perpindahan ini.

Kelab Serie A dilaporkan telah menjual Radja Nainggolan ke Inter Milan pada awal musim panas ini dan mereka juga telah dikaitkan dengan Steven Nzonzi dari Sevilla serta Malcom yang gagal ditandatangani mereka setelah pemain tersebut menyertai Barcelona.

Kegagalan untuk mendapatkan Malcom serta kegagalan dalam mencapai persetujuan dalam terma peribadi bersama Nzonzi menyebabkan Roma mensasarkan Xhaka.

Walau bagaimanapun, laporan Calciomercato mengatakan bahawa Roma bakal menghadapi 'misi mustahil' untuk menandatangani Xhaka kerana pemain tersebut tidak berminat untuk berpindah ke kelab Itali.

Mereka juga mendakwa bahawa Arsenal tidak berniat untuk menjual pemain tengah itu ke Roma dan menegaskan bahawa Xhaka merupakan pemain penting dalam perancangan Unai Emery untuk musim yang akan datang.

Selain itu, Xhaka baru sahaja menandatangi kontrak baru bersama Arsenal yang bakal mengekalkan beliau di Emirate sehingga Jun 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post