Arsenal dan West Ham dilaporkan bersaing untuk dapatkan pertahanan Crotia

Arsenal dan West Ham dilaporkan bersaing untuk menandatangani pemain pertahanan kebangsaan Crotia dengan Besiktas mencari bayaran perpindahan tertinggi. 



Menurut laporan media Turki, Besiktas berharap mereka dapat menjual Domagoj Vida ke kelab Liga Perdana Inggeris dalam minggu ini untuk bayaran perpindahan yang bakal menjadi rekod perpindahan tertinggi buat pemain dari Super Lig (Liga Turki).

Sebelum ini, kami melaporkan dimana Besiktas berharap mampu melepaskan Vida pada nilai perpindahan yang melebih nilai perpindahan yang dilakukan oleh Everton ketika membeli Cenk Tosun (£26 juta).


Pemain kebangsaan Croatia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan West Ham United berikutan persembahannya pada Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia yang begitu cemerlang.

Dan Arsenal dikatakan masih mahu membawa masuk beberapa pemain terutama pada bahagian pertahanan setelah beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang.

Pemain tersebut yang baru kembali menjalani latihan bersama kelab Turki itu dikatakan (menurut media Turki) bakal dilepaskan Besiktas kepada kelab Inggeris.

Selain Arsenal dan West Ham, Vida turut dikaitkan dengan perpindahan ke Wolves semenjak kebelakangan ini, namun Fanatik mengatakan bahawa Arsenal ataupun West Ham merupakan destinasi yang paling pasti untuk pemain tersebut beraksi musim depan (2018/19).

Laporan Fanatik itu juga mendakwa bahawa Besiktas turut menerima tawaran daripada kelab Perancis seperti Paris Saint-Germain, Monaco dan Lyon yang berminat untuk menandatangani pemain tersebut, namun kelab Istanbul itu dikatakan lebih berminat untuk menjual Vida ke kelab Inggeris kerana menganggap bahawa mereka akan memperolehi nilai perpindahan yang jauh lebih tinggi.

Besiktas kini hanya mempunyai kira-kira 2-3 hari sahaja lagi untuk menjual Vida kepada kelab-kelab Inggeris yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut (termasuklah Arsenal dan West Ham) memandangkan tarikh akhir pembelian pemain buat kelab Liga Perdana Inggeris adalah pada 9 Ogos (sebelum jam 5 petang waktu BST).

Post a Comment

Previous Post Next Post