Arsenal gagal dapatkan pemain pertahanan AC Milan, Ricardo Rodriguez

AC Milan dilaporkan telah menolak tawaran Arsenal untuk dapatkan pertahanan mereka, Ricardo Rodriguez, menurut laporan dari Itali.

Unai Emery dikatakan mahu menandatangani pertahanan kiri baru sebagai pemain 'backup' selepas Sead Kolasinac bakal diketepikan selama sepuluh minggu akibat kecederaan.

Dengan tahap kecergasan Nacho Monreal juga menimbulkan persoalan sama ada pemain tersebut sempat pulih sepenuhnya, Arsenal bakal beraksi tanpa pemain senior yang layak pada posisi tersebut.

Arsenal bakal berdepan Manchester City pada perlawanan pembukaan liga, Ahad ini (jam 11 malam waktu Malaysia), dan pada masa ini ia kelihatan seperti pemain serba boleh, Ainsley Maitland-Niles bakal bermula di pertahanan kiri menentang pasukan juara bertahan itu.

Media Itali, Corriere dello Sport mendakwa bahawa Arsenal telah membuat tawaran untuk Rodriguez, namun Milan telah menolak tawaran tersebut.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyatakan jumlah tawaran yang dibuat Arsenal terhadap Milan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Switzerland yang berusia 25 tahun itu.

Difahamkan Rodriguez bernilai sekitar £30 juta dan jumlah itu dikatakan sudah memadai buat Arsenal untuk memujuk Milan melepaskan pemain tersebut.

Namun Arsenal perlu bertindak pantas memandangkan masa yang suntuk bagi menyelesaikan perpindahan itu seandainya ia berlaku (Milan menerima tawaran tersebut).

Jendela perpindahan buat Liga Perdana Inggeris bakal ditutup pada Khamis ini (waktu UK) dan kelab-kelab Inggeris dikehendaki menyelesaikan urusan perpindahan mereka sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris (2018/19).

Ricardo Rodriguez mempunyai kontrak bersama AC Milan sehingga Jun 2021 dan menyertai kelab Itali tersebut pada 1 Julai 2017.

Nilai semasa pemain tersebut dianggarkan sekitar €15-17 juta.

Kedudukan nilai pasaran semasa Ricardo Rodriguez.

Post a Comment

Previous Post Next Post