Stan Kroenke bakal menjadi pemilik tunggal Arsenal

Jutawan Amerika Syarikat, Stan Kroenke telah membuat tawaran kepada pegangan saham minoriti Arsenal, Alisher Usmanov untuk mengambil kawalan penuh Arsenal.



Stan Kroenke dilaporkan membuat tawaran pengambilalihan Arsenal bernilai £ 1.8bn selepas mendapat sokongan pemegang saham minoriti, Alisher Usmanov.

Kroenke menjadi pemegang saham majoriti Arsenal selepas membeli 67.09 peratus saham daripada Arsenal Holdings PLC melalui KSE UK semenjak tahun 2007 dan mula melancarkan pengambilalihan penuh bermula pada bulan April 2011.

Satu kenyataan dari Kroenke pada pagi Selasa mengumumkan bahawa beliau telah membuat tawaran untuk memperolehi kawalan penuh Kelab Bola Sepak Arsenal yang bernilai $2.33bn, dan menambah bahawa beliau telah / mempunyai 'an irrevocable undertakin' daripada rakan kongsi (Usmanov) untuk menjual kepentingannya di kelab.

"We at KSE are moving forward with this offer leading to 100 per cent ownership of the club. We appreciate Mr Usmanov's dedication to the Arsenal Football Club and the storied ethos and history the club represents." -- NEX Exchange

Usmanov akan menerima £550juta untuk sahamnya yang dijual itu berdasarkan harga semasa saham £29,419.64.

Pengambilalihan Arsenal itu turut mendapat reaksi Arsenal Supporters’ Trust yang telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:



Post a Comment

Previous Post Next Post