Lucas Perez sertai West Ham

Perpindahan Lucas Perez dari Arsenal ke West Ham United secara dasarnya telah dimuktamadkan menurut pendedahan ejen pemain tersebut.



Ejen pemain tersebut, Rodrigo Lovelle telah mengesahkan bahawa penyerang itu telah bersetuju dengan perjanjian perpindahan menyertai Hammers.

Memetik laporan oleh akhbar Record hari ini, Rodrigo Lovelle berkata: "Sporting mungkin juga telah berunding dengan Arsenal, tetapi tiada siapa yang bercakap dengan kami."

"Rundingan dengan West Ham berjalan lancar dan saya yakin perjanjian itu akan dimuktamadkan."

Petikan laporan Record.

Lucas Perez dilaporkan sedia untuk menyertai kelab itu dalam perjanjian selama tiga tahun dengan pilihan untuk penyambungan selama setahun (3 + 1).

The Gunners dan Hammers sedang membincangkan butiran terakhir perpindahan tersebut dan dijangka bakal diumumkan dalam masa terdekat sebelum jendela perpindahan ditutup minggu ini.

Perez menyertai Arsenal pada 2016 dengan nilai perpindahan sekitar €14 juta dari Deportivo La Coruña dan beliau hanya sempat beraksi semusim bersama Arsenal sebelum dipinjamkan ke kelab asalnya musim berikutnya (2017/18).

Sepanjang beliau bersama Arsenal pada musim pertama, beliau berjaya membuat 21 penampilan dalam kesemua kejohanan dengan tujuh gol dan lima bantuan gol dihasilkan beliau.

Rekod semenjak menyertai Arsenal
Kelab Musim Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Arsenal 2016–17 Premier League 21 7 5
Deportivo (pinjaman) 2017–18 La Liga 37 9 8

Beliau kemudiannya dihantar kembali ke kelab lamanya dengan perjanjian pinjaman selama semusim pada musim lalu.

Dipercayai perpindahan Perez ke West Ham berlaku pada nilai  sekitar £5 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post