Arsenal jalinkan kerjasama bersama bank Mesir, Banque du Caire.

Kelab Bola Sepak Arsenal mengalu-alukan Banque du Caire sebagai rakan rasminya di Mesir.



Arsenal melalui laman rasminya telah mengumumkan rakan kongsi baru mereka iaitu Banque du Caire, sebuah insitusi kewangan (perbankan) yang memiliki 150 cawangan di Mesir serta beberapa cawangan di Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ras al Khaima yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Manama di Bahrain.

Selain itu, Banque du Caire juga memiliki wakil pejabat di Kiev, Ukraine dan Harare, di Zimbabwe serta di Arab Saudi dan Uganda.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Arsenal, kerjasama yang berlangsung selama tiga tahun itu bakal menyaksikan Banque du Caire akan mengeluarkan kad kredit dan debit edisi Arsenal (co-branded) di Mesir.

Di samping itu, pelanggan Banque du Caire dan peminat Arsenal di Mesir akan ditawarkan pelbagai faedah berkaitan kelab termasuk hospitaliti perlawanan untuk melihat pasukan (Arsenal) beraksi di Stadium Emirates.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran dan untuk meraikan kerjasama itu, pihak Banque du Caire telah menjenamakan kesemua cawangan mereka yang berjumlah lebih 250 itu dengan memorabilia Arsenal untuk pelanggan mereka menikmatinya dan akan memberi ganjaran kepada pelanggan baru dan sedia ada dengan barangan rasmi Arsenal.



Pihak Banque du Caire juga akan mendapat kelebihan apabila mempunyai akses kepada pemain utama dan legenda kelab Arsenal untuk menghasilkan kandungan (komersial-iklan) dan membangunkan kempen pemasaran bagi membolehkan mereka terlibat dengan penyokong Arsenal dan peminat bolasepak lain di Mesir.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Banque du Caire, rakan rasmi kedua kami di Mesir. Kami mempunyai sokongan besar di Mesir dengan lebih daripada 2.5 juta pengikut di Facebook dan kami berhasrat untuk membangunkan beberapa inisiatif menarik untuk kedua-dua pihak, Arsenal dan peminat bolasepak di Mesir." - Vinai Venkatesham, Ketua Pegawai Komersial Arsenal.

"Arsenal adalah salah satu kelab bolasepak yang paling terkenal di dunia, dan kami amat berbangga untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka. Mereka berkongsi nilai yang paling penting di Banque du Caire, terutama mengenai warisan dan sejarah unik kami. Perkongsian ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dengan bekerjasama kami untuk memacu penglibatan para pelanggan, kakitangan, dan peminat Arsenal merentasi seluruh negara kami. " - Tarek Fayed, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Banque du Caire.

Elneny bersama Lacazette dan Guendouzi mengayakan jersi Arsenal tertera nama Banque du Caire. Kredit foto: Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post