Pemain berusia 20 tahun itu menyertai Arsenal dari Legia Warsaw pada Januari 2015 dan telah membuat debut pertama bersama pasukan pada tahun yang sama bagi saingan Piala Liga.

Krystian musim lalu menyertai Birmingham City secara pinjaman di mana beliau telah membuat 10 penampilan bersama skuad tersebut.

Beliau kemudiannya menyertai Walsall juga secara pinjaman pada bulan Januari untuk separuh kedua musim lalu tetapi kecederaan yang dialami beliau memaksa pemain tersebut kembali kepangkuan kelab untuk menerima dan menjalani proses rawatan serta penyembuhan.


Semoga berjaya Bielik bersama Charlton Athletic musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post