Arsenal kini 'pembeli paling serius' untuk menandatangani Vida hari ini serta pertukaran pemain mungkin berlaku.

Menurut laporan dari media Turki, Arsenal kini menjadi 'pembeli paling serius' bagi pertahan Besiktas, Domagoj Vida.


Pemain antarabangsa Croatia itu telah dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan laporan semalam mengatakan bahawa Arsenal dijangka membuat tawaran disaat akhir untuk pemain tersebut hari ini.

Menurut media Turki, Aksam yang telah melaporkan perkembangan terkini mengenai masa depan Vida dan perpindahan pemain tersebut ke Liga Perdana Inggeris; melaporkan bahawa Presiden Besiktas iaitu Firket Orman bersedia untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat terhadap Vida dan beliau sedia menjual pemain tersebut jika mendapat tawaran bernilai € 20 juta dan bonus sebanyak € 5 juta.

Jumlah perpindahan tersebut menjadikan secara keseluruhannya bernilai € 25 juta (£ 22.5 juta) bagi mana-mana kelab yang berminat mendapatkan Vida, baik dari Liga Perdana Inggeris mahupun dari kelab Eropah lain.

Dilaporkan juga bahawa Arsenal bersedia untuk menawarkan tawaran dalam bentuk tunai dan juga pemain sebagai pertukaran untuk mendapatkan Vida sebelum tamat waktu jendela perpindahan hari ini (kira-kira 3 jam sahaja lagi - jam 12 malam ini waktu Malaysia dengan jam 5 petang waktu UK).

Mampukah Arsenal mendesak Besiktas untuk menurunkan harga Vida dan laporan semalam juga mengatakan Besiktas sedia melepaskan VIda dengan harga pada  € 16 juta sahaja.

Dan nilai permintaan yang dilaporkan hari ini sebanyak  € 25 juta itu juga menyamai jumlah bidaan yang pernah dilaporkan dibuat oleh West Ham sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post