Wartawan Sepanyol dakwa Arsenal telah membuat tawaran € 100 juta untuk Ousmane Dembele

Satu ketika dahulu, wartawan Sepanyol, Kike Marin menjadi kegemaran peminat Arsenal di Twitter sebagaimana David Ornstein yang kini menjadi kegemaran peminat Arsenal dalam melaporkan berita perpindahan.



Beliau telah menyampai dan mendedahkan beberapa maklumat dengan jelas mengenai perpindahan terutamanya apabila melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris, namun beliau seakan menyepi secara tiba-tiba.

Pun begitu beliau kini membuat 'come back' - kemunculan semula dengan laporan 'panas'.

Dalam status terkini (kira-kira 45 minit lalu), beliau mendakwa bahawa Arsenal telah membuat tawaran € 100 juta untuk mendapatkan Ousmane Dembele.


Penyerang Barcelona itu telah menegaskan dalam minggu ini bahawa beliau merancang untuk tinggal bersama kelab La Liga itu dan gembira di mana dia berada (bersama Barcelona), namun terdapat juga laporan daripada media Catalan yang mendakwa Barcelona sedia mempertimbangkan penjualan Dembele.

Dua hari lalu, Mundo Deportivo melaporkan bahawa Arsenal menumpukan perhatian penuh terhadap perkembangan pemain tersebut dan mereka juga mendakwa Arsenal telah membuat cadangan sekitar € 100 juta yang akan dipertimbangkan Barcelona mengenai Dembele.

Laporan itu turut mendakwa bahawa Arsenal kemungkinan melakukan perpindahan secara pinjam pada tahun pertama sebelum membeli pemain tersebut pada tahun kedua pada jendela musim panas tahun depan.

Namun laporan ataupun status Kike Marin itu dinafikan oleh David Ornstein dalam status terkini beliau pada laman twitter rasminya.
Selain menafikan perkembangan Dembele yang mana Arsenal telah membuat tawaran berjumlah € 100 juta itu, beliau turut menjelaskan mengenai perkembangan pembaharuan kontrak Ramsey.


Bagaimanapun, perekembangan pembaharuan Ramsey menurut Ornstein masih belum dimuktamadkan lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post