Arsenal dijangka membuat tawaran saat akhir dengan ketua jurulatih Besiktas mahu melepaskan Vida.

Vida mahu kekal manakala kelab mahu menjual beliau, Arsenal dikatakan bakal melakukan pembelian saat akhir.

Menurut dakwaan media Turki, Domagoj Vida dilaporkan telah memberitahu kepada pihak pengurusan Besiktas bahawa beliau mahu kekal berada bersama kelab tersebut namun pihak pengurusan pula dikatakan mahu menjual pemain tersebut.

Terdahulu Fotospor, melaporkan bahawa Arsenal dijangka akan membuat tawaran disaat-saat akhir untuk menandatangani pemain antarabangsa Croatia itu.

Fotospor melaporkan bahawa Ketua Jurulatih Besiktas, Senol Gunes sudah bersedia memulakan kempen baru tanpa Vida dan kelab Turki itu juga berharap Arsenal akan membuat tawaran disaat akhir untuk mendapatkan pemain itu. 

Dengan Laurent Koscielny terpaksa diketepikan untuk tempoh yang lama ekoran kecederaan, mereka (Fotospor) mendakwa kemasukan pemain pertahanan Crotia berusia 29 tahun itu adalah bertujuan mengisi kekosangan yang ditinggalkan sementara kapten Arsenal itu.

Selain perkembangan pertahanan muda Arsenal, Calum Chambers yang menyertai Fulham secara pinjaman mengukuhkan dakwaan perpindahan tersebut.

Gunes dikatakan mahu melepaskan Vida walaupun mengakui pemain pertahanan Crotia itu merupakan seorang pertahanan yang bagus, namun beliau juga mengakui bahawa pemain tersebut tidak sesuai untuk digunakan dalam taktikal beliau bersama Besiktas.

Semenjak jendela perpindahan dibuka bagi musim panas ini, Vida merupakan antara pemain yang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris terutamanya selepas beliau mempamerkan aksi yang cemerlang disepanjang Kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

"I do not want to go, I love Istanbul," - Vida.
Laporan Aksam (media Turki), berkata Vida telah memaklumkan kepada Umut Güner bahawa beliau  mahu kekal bersama kelab Instabul itu, tetapi pengarah Besiktas dilaporkan terpaksa menjual pertahanan mereka itu demi kepentingan kelab. 

"Besiktas loves you very much, but the conditions of the club are important." - Umut Guner.

Vida menerima gaji sebanyak €3.2 juta setahun dan masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun bersama Besiktas dengan menerima kenaikan gaji sebanyak 100 ribu Euro setiap tahun sehingga kontrak berakhir.

DISKAUN UNTUK DAPAT VIDA

Sebelum ini, Milliyet mendakwa Besiktas sedia melepaskan Vida jika menerima tawaran untuk sekurang-kurangnya £26 juta, namun laporan Akram itu mendakwa Besiktas sedia melepaskan Vida dengan hanya pada harga €16 juta (£14.4 juta) sahaja.

Selain Arsenal, West Ham juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini dengan laporan sebelum ini mengatakan bahawa bidaan yang dibuat West Ham sebanyak £22 juta telah ditolak Besiktas.

Post a Comment

Previous Post Next Post