Arsenal masih mempunyai minat terhadap bintang Celtic, Moussa Dembélé

Arsenal masih mempunyai minat terhadap bintang Celtic itu walaupun Arsene Wenger tidak lagi bersama kelab.



Walaupun Arsenal memerlukan beberapa perubahan dalam posisi skuad pada musim panas ini bagi memperkukuhkan lagi skuad untuk menghadapi saingan musim ini, menandatangani penyerang baru itu bukanlah senarai teratas (keutamaan), dengan bahagian tengah dan pertahanan lebih menjadi keutamaan.

Namun itu tidak menghalang ataupun menghentikan Arsenal untuk terus memantau perkembangan pemain muda sekitar Eropah, seandainya penyerang baru diperlukan.

Menurut La Provence, salah seorang pemain yang masih berada dalam senarai pasukan pencari Arsenal yang diketuai oleh Mislintat adalah penyerang Celtic, Moussa Dembélé.

Pemain penyerang berusia 22 tahun kelahiran Pontoise, Perancis itu menjadi perhatian Arsenal ketika Wenger masih lagi menjadi pengurus Arsenal dan kini menurut laporan media Perancis itu, pemain tersebut masih kekal menjadi perhatian Arsenal dibawah Ketua Pengambilan Arsenal, Mislintat.

Berita mengenai minat Arsenal yang masih kekal meletakkan pemain tersebut dalam senarai pemantauan kelab terkandung dalam artikel mengenai Marseille yang berpotensi membuat perpindahan bagi bintang Celtic itu, yang boleh dibenarkan berpindah jika €15-20 juta ditawarkan kepada Brendan Rodgers dan kelab tersebut.

Dan Arsenal dilaporkan masih mengekalkan minat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Minat Arsenal dilaporkan tetap seperti itu buat masa ini sehingga jendela perpindahan ditutup, tetapi sangat menarik untuk mengikuti perkembangan ini walaupun Arsenal sudah memiliki Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang bersama kelab kerana The Gunners dikatakan sedang menimbang pemain muda (penyerang) untuk masa depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post