Pellegrini persoal tindakan Arsenal membiarkan Wilshere tinggalkan kelab.

Unai Emery menjangkakan Arsenal akan memberikan sokongan terhadap Jack Wilshere yang kembali ke Stadium Emirates sebagai pemain West Ham, manakala pengendali Hammers, Manuel Pellegrini, mempersoalkan mengapa pemain tengah itu dibenarkan meninggalkan kelab.

Wilshere dijangka berdepan Arsenal buat kali pertama ketika West Ham berdepan Arsenal bagi merebut mata pertama musim ini dan Emery berkata pemain berusia 26 tahun itu masih lagi dihormati oleh kelab itu.


Pemain tengah itu telah membuat 125 penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 11 tahun sebagai pemain Arsenal sebelum dia dibenarkan meninggalkan pasukan secara percuma pada Julai lalu.

Emery mengagumi Wilshere dan berkata perpindahan yang dilakukan adalah keputusan pemain itu.

"Saya telah bercakap dengan Wilshere selama 15 mint di Colney sebelum dia berhijrah."

"Perkara pertama bagi saya adalah saya menghormati Wilshere kerana dia telah lama bersama Arsenal dan dia telah mengambil keputusan yang terbaik untuk kariernya."

"Dalam aksi akan datang, saya mengetahui penyokong amat menggemarinya dan menghormatinya." 

"Kami akan cuba memenangi perlawanan ini kerana Arsenal masih belum meraih sebarang mata dalam dua perlawanan."

Wilshere beraksi dalam kedua-dua perlawanan ketika West Ham berdepan Liverpool dan Bournemouth, kedua-duanya berkesudahan dengan kekalahan buat West Ham.

Pellegrini membincangkan mengenai persembahan yang dipamerkan oleh Wilshere (sewaktu bersama Arsenal) ketika beliau mengendalikan Villarreal dan Manchester City.

"Saya bersaing dengan Arsenal selama tiga tahun di England dan sebelum itu bersama Villarreal dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL)," kata Pellegrini.

"Wilshere merupakan pemain yang berkualiti. Saya tidak mengetahui sebab sebenar mengapa mereka menamatkan kontraknya bersama Arsenal.

"Saya tidak tahu mengapa Arsenal membenarkan dia meninggalkan kelab dan menyertai kami (West Ham)."

Sumber: Goal

Post a Comment

Previous Post Next Post