Thierry Henry mahukan scout Arsenal, Gilles Grimandi sebagai pembantu.

Thierry Henry dilaporkan mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Arsenal, Gilles Grimandi sebagai pembantunya di Bordeaux dan segalanya bergantung kepada pemilik kelab.



Selasa lalu merupakan hari yang menarik buat Thierry Henry, dimana beliau dilaporkan telah bersetuju dan berminat untuk menguruskan Bordeaux selepas 'pemecatan' Gustavo Poyet ekoran kritikan terhadap pihak pengurusan kelab tersebut.

Legenda Arsenal itu 'mengorbankan' pekerjaannya bersama Sky Sport yang mana beliau menerima bayaran yang cukup lumayan sebelum bermulanya musim  ini bagi memberi tumpuan kepada karier dan kerjayanya dalam pengurusan kelab.

Tindakan beliau itu bakal mengikuti jejak langkah bekas rakan senagara dan juga rakan sepasukan beliau dahulu ketika bersama Arsenal, Patrick Vieira, yang kini menjadi pengurus pasukan Nice.

Vieira (kiri) dilantik menjadi pengurus OGC Nice pada 11 Jun 2018.
Bekas pemain tengah Arsenal itu (Vieira) menjadi pengurus New York City FC sebelum berpindah ke OGC Nice pada musim panas ini, sementara Henry pula telah menjadi pembantu kepada Roberto Martinez bersama pasukan kebangsaan Belgium selama dua tahun.

Menurut wartawan RMC Sport, Nicolas Paolorsi, beliau mengatakan bahawa salah satu perubahan yang akan dilakukan oleh bekas penyerang Arsenal itu terhadap barisan belakang tabir Bordeaux adalah dengan melantik bekas rakan sepasukannya ketika di Arsenal iaitu  Gilles Grimandi yang kini merupakan scout Arsenal sebagai pembantunya.

Gilles Grimandi, 47 merupakan bekas pemain Arsenal yang mewakili kelab dari tahun 1997 hingga 2002. Dan kini beliau merupakan scout Arsenal.
Walaupun Henry telah berkata ya (menunjukkan minat) untuk menjadi pengurus pasukan tersebut,  namun segalanya tetap bergantung kepada pemilik kelab yang berasal dari Amerika itu untuk menentukannya.

Pemilik baru Bordeaux itu masih boleh menolak usul untuk membawa Henry menjadi pengurus kelab itu dan mungkin meminta seorang pengurus yang lebih berpengalaman bagi memastikan pelaburan mereka terhadap kelab itu berbaloi.

Post a Comment

Previous Post Next Post