Galatasaray berminat dapatkan Mustafi. Kredit foto: Fanatik |
Fanatik melaporkan dimana Galatasaray berminat untuk membawa pertahanan tengah Arsenal, Shkodran Mustafi namun Arsenal telah menolak tawaran kelab Turki itu.
Laporan media Turki itu mendakwa bahawa Galatasaray telah melakukan tawaran terhadap Arsenal untuk mendapatkan Mustafi secara pinjaman, namun The Gunners dilaporkan telah menolak tawaran tersebut kerana mahukan perpindahan tersebut dilakukan secara tetap.
Fanatik turut melaporkan bahawa Arsenal telah menyatakan dengan jelas mengenai hasrat kelab untuk tidak akan melepaskan pemain tersebut secara pinjaman melainkan ianya dilakukan secara pembelian tetap dan berharap €25 juta mampu dicapai dalam urusniaga perpindahan (penjualan) Mustafi.
Selain itu, Fanatik turut mendakwa bahawa Arsenal telah mendedahkan bahawa mereka juga menerima beberapa pertanyaan daripada kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkan Mustafi.
Namun sekiranya rundingan penjualan Mustafi bersama kelab-kelab lain itu gagal menemui persetujuan, maka Arsenal dilaporkan bersedia untuk kembali berunding bersama Galatasaray berhubung langkah pinjaman Mustafi.
Galatasaray Management, who took the proposal for a defender at the age of 26 in the British club, "We are planning to sell the player. There are proposals, the testimony is 25 million Euros. Negotiations will continue for a while, but if we do not have an agreement, we can meet again" - Fanatik(terjemahan diatas menggunakan Google Translate)
Dengan Arsenal pada musim panas ini telah melakukan beberapa pembelian pemain, Galatasaray berharap pemain antarabangsa Jerman itu menjadi pemain lebihan (tidak diperlukan) di Emirates dan ianya turut berharap bakal memudahkan tugas mereka untuk mendapatkan Mustafi secara pinjaman.
Mustafi menyertai Arsenal dari Valencia pada 2016 dan kontrak beliau bakal berakhir bersama Arsenal pada Jun 2021.