Fulham sertai Arsenal dalam usaha dapatkan Hector Herrera mengikut laporan.


Fulham dilaporkan mendahului dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain tengah Porto, Hector Herrera, menurut laporan dari Mexico, Record.



Pemain berusia 28 tahun itu telah mempamerkan aksi yang mengagumkan bersama El Tri (pasukan kebangsaan Mexico) pada Kejohanan Piala Dunia di Rusia dan turut dikaitkan dengan pasukan ternama seperti AS Roma dan Real Madrid.

Beliau sebelum ini juga dikaitkan dengan kelab-kelab Inggeris seperti Everton, West Ham dan Arsenal (baca disini).

Laporan itu mendakwa bahawa Cottagers (Fulham) telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan pemain kebangsaan Mexico itu namun ditolak oleh kelab Portugal tersebut sebelum meminta bayaran perpindahan yang lebih tinggi.

Herrera yang dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini namun kemasukan Lucas Torreira yang menyertai The Gunners selain pemain tengah sedia ada seperti Granit Xhaka dan Mohamed Elneny yang menandatangani perjanjian baru (pembaharuan kontrak) menyebabkan rumors ini menjadi 'sejuk'.

Beliau telah menjaringkan 26 gol dan merekodkan 32 bantuan gol dalam 192 penampilan untuk FC Porto sejak perpindahannya dari Pachuca pada tahun 2013.

Melihat kepada perkembangan terkini aktiviti perpindahan Arsenal, sukar untuk menerima ataupun mempercayai bahawa Arsenal berminat untuk mendatangani pemain ini walaupun kemungkinan besar bakal kehilangan Ramsey.

Namun begitu jika situasi terdesak, Herrera ketika ini bernilai sekitar €8-10 juta mungkin menjadi alternatif buat Mislintat.


Post a Comment

Previous Post Next Post