Manchester United sedia 'cantas' Arsenal dalam perpindahan Ousmane Dembele

Arsenal dikatakan berminat untuk menandatangani bintang Barcelona, Ousmane Dembele pada jendela perpindahan musim panas ini, namun Manchester United pula dilaporkan merancang untuk 'mencantas' rancangan perpindahan itu.



Pemain kebangsaan Perancis itu tiba di Camp Nou setahun lalu dengan rekod perpindahan berjumlah €105 juta ditambah dengan klausa lain yang dianggarkan bernilai €40 juta sebagai bayaran tambahan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah €145 juta.

Namun musim pertama beliau bersama gergasi Sepanyol itu terpalit dengan kecederaan yang mengganggu prestasi dan penampilan beliau.

Barcelona dilaporkan mahu melepaskan Dembele setelah berjaya mendapatkan penyerang Brazil, Malcom dengan nilai perpindahan mencecah €41 juta pada Julai lalu.

Manakala Arsenal pula dikatakan berminat untuk membawa Dembele dan dilaporkan mengatakan bahawa Arsenal sedia melakukan pertukaran pemain dengan menawarkan Ramsey kepada Barcelona setelah tidak mampu membayar nilai tuntutan Barcelona yang bernilai bernilai £100 juta (89juta) .

Disamping kemasukan Dembele dilihat memberi kelebihan untuk menggandingkan kembali Aubameyang bersama bekas rakan sepasukannya itu ketika bersama Borussia Dortmund.

Terkini, laporan di Sepanyol telah mencadangkan bahawa gergasi Sepanyol terdesak untuk menjual Dembele untuk mengumpul dana bagi membawa pemain Manchester United, Paul Pogba.

Dan Red Devils boleh menggunakan peluang tersebut untuk kepentingan mereka dan mampu merampas perancangan Arsenal untuk membawa Dembele ke Emirates.

Menurut Don Balon, media Sepanyol yang terkenal dengan laporan dan dakwaan perpindahan yang  luar biasa, Jose Mourinho dikatakan berminat untuk membawa Dembele ke Old Trafford.

Laporan itu turut mendakawa bahawa United mahukan Ivan Rakitic sebagai sebahagian pertukaran buat Barcelona untuk mendapatkan Pogba.

Namun Barca telah menawarkan Dembele sebagai ganti kepada pemain tersebut dan tindakan ini mungkin membolehkan Mourinho mengecewakan harapan pepindahan Arsenal sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan Barcelona itu.



Paul Pogba has become a priority goal for Barca. The French like more and more in the Camp Nou, and the directive will make an attempt to take it.

Manchester Untied is willing to negotiate, although it will not make it easy. As we explained yesterday at Don Bola, José Mourinho has requested that Ivan Rakitic enter the operation. But Barça has other plans.

From the offices of the Camp Nou there are those who have put on the table the option that it is Ousmane Dembélé who enters the transfer of Pogba.

If so, the French midfielder would almost free to Barca, and is that its value is very similar to that of Dembélé.

In the Barça they know that Ousmane has the fly behind the ear after the signing of Malcom, and not all trust him. An option that every time gains more force in the offices of the Camp Nou.

-- Don Balon
(dengan terjemahan menggunakan Google translate)

Post a Comment

Previous Post Next Post