Arsenal vs Manchester City: Post match review.

Perlawanan sulung Unai Emery selaku pengendali Arsenal pasti memberi kesan dan kenangan pahit buat beliau apabila tewas 0-2 ditangan Manchester City  dilaman sendiri.



Tiada siapa mahukan pasukan yang dibimbing mereka mengalami kekalahan, lebih-lebih lagi ketika beraksi dilaman sendiri termasuklah Emery yang memulakan aksi sulung Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Arsenal turun dengan kesebelasan utama seperti berikut (gambar dibawah) bagi menghadapi City malam tadi dan amat mengejutkan dimana Emery menurunkan pemain muda yang baru ditandatangani musim ini iaitu Guendouzi.

Bukan untuk menidakkan kemampuan pemain muda ini, namun perlawanan pertama menentang Manchester City dan juga perlawanan pembukaan liga buat Arsenal pasti sesuatu yang berbeza berbanding perlawanan pra musim.

Ye betul, beliau pada aksi pra musim menunjukkan sesuatu yang menarik mengenai corak permainan beliau, namun perlawanan kompetitif pertama beliau malam tadi sesuatu yang boleh menimbulkan persoalan.


Dengan barisan pemain yang diturunkan Emery pada perlawanan malam tadi, formasi yang digunakan beliau adalah 4-2-3-1 (mengikut pandangan penulis) dan menentang City yang menggunakan formasi asas 4-3-3.


High pressing daripada City yang cuba memecah pasukan Arsenal.

City walaupun menggunakan 4-3-3, namun ketika bertahan mereka mengamalkan formasi 4-4-2 dengan Bernardo Silva dan Sergio Aguera mengenakan tekanan (pressing) kepada barisan pertahanan Arsenal.

Selain Mendy yang turut mengenakan tekanan kepada Bellerin terutama pada sudut penjuru (corner) untuk memaksa Bellerin melakukan hantaran jauh yang kadang-kala menyebabkan City memperolehi sepakan penjuru.

Begitu juga dengan seorang lagi pertahahan City, Walker yang turut memberikan tekanan pada sudut kiri Arsenal dengan dibantu oleh kelincahan Mahrez yang menyebabkan Niles sedikit 'huru-hara'.

Pemain yang menjadi tumpuan bagi pasukan City sudah tentulah Sterling yang dilihat begitu berkesan dalam mengucar-kacirkan barisan pertahanan Arsenal.

Sterling mampu menewaskan lima pemain Arsenal sebelum melakukan percubaan tepat diawal perlawanan selepas Walker dan Mahrez melancarkan serangan pada sebelah kiri Arsenal.
Pun begitu fungsi Ageuro juga sangat penting dalam perlawanan ini dimana beliau kerap kali berada diantara pertahanan Arsenal yang menyebabkan ruang terbuka untuk rakan sepasukan beliau yang lain.

Aguero yang menyelinap diantara pertahanan Arsenal menyebabkan Bellerin terpaksa mengawal beliau dan meninggalkan ruang kepada Mendy.
Manakala Arsenal pula kelihatan memberi penekanan terhadap Ramsey dan Aubameyang untuk melakukan tekanan terhadap barisan pertahanan City dan ini menyebabkan Ozil sedikit kebelakang.



Dari segi 'build up' pula jelas sekali Arsenal gemar bermula dari bawah dan pemain yang dilihat memulakan gerakan adalah bergantung kepada Guendouzi dan Xhaka.

Dan ini dapat dilihat apabila Guendouzi dan Xhaka bertukar posisi untuk berada diantara barisan pertahanan Arsenal ketika melancarkan serangan.

Jika Guendouzi yang akan memulakan gerakan, maka Xhaka akan berada dibawah diantara dua pertahanan tengah Arsenal (membentuk tiga pemain pertahanan) dan pertahanan kiri dan kanan akan naik keatas membentuk lima pemain tengah dan dua penyerang berada diatas (3-5-2).

Idea Emery dalam membentuk ataupun mencorakan serangan Arsenal ketika melancarkan serangan adalah untuk menarik pemain lawan ke kawasan pertahanan Arsenal sebelum Guendouzi atau Xhaka membuat hantaran kepada penyerang.

Sudah tentu Guardiola dapat membaca taktikal Emery ini sebagaimana ketika didalam saingan La Liga dah mudah untuk City mematahkan serangan Arsenal serta menyebabkan Arsenal bermain bola jauh (long ball).

Jelas Arsenal banyak kehilangan bola dalam melakukan 'buid-up' dan ini juga menyebabkan bahagian pertahanan Arsenal agak longgar ditambah dengan kelajuan dua pemain City dibahagian kiri dan kanan Arsenal.

Dari sudut serangan balas juga - counter attack juga melihatkan kelemahan Arsenal dimana pemain gagal untuk mengeksploitasi keadaan ketika itu.

Arsenal ketika bertahan dilihat seolah berada dalam formasi 4-4-1-1 dengan membiarkan Miki dan Aubameyang diatas.

Ramsey diberikan peranan untuk mengawal Fernandinho dan dua pemain tengah Arsenal, Xhaka, Guendouzi dan Ozil seolah-olah mengamalkan zonal marking (sebenarnya Ozil pun macam tak tahu apa dia main malam tadi).

Tugas memberikan tekanan terhadap Stones dan Fernandinho pada perlawanan ini juga sedikit keliru apabila Ramsey berubah memberi tekanan kepada Stones yang mana beliau sebelum itu memberikan tekanan kepada Fernandinho.

Ketika Ramsey memberi tekanan kepada Stones, jelas Fernandinho dilihat berleluasa ditengah dan ini juga menimbulkan persoalan mengenai peranan Ozil yang dilihat tidak banyak digunakan dalam perlawanan ini.

Skuad Pep Guardiola rosakkan debut Emery di Emirates

Statistik Perlawanan
Statistik Percubaan 
Statistik Hantaran
Secara keseluruhannya masih banyak yang perlu dilakukan oleh Emery dan sesuatu yang menarik serta berbeza pada perlawanan ini jika dibandingkan dengan era Wenger adalah 'pressing' yang diterapkan.

Dan ianya masih terlalu awal untuk mempertikaikan taktikal dan formasi yang digunakan Emery memandangkan ini adalah perlawanan pertama beliau dalam saingan liga bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post