Petr Cech kecam gurauan Bayer Leverkusen

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech telah mengecam gurauan kelab Jerman, Bayer Leverkusen yang mempersendakan beliau di media sosial Twitter selepas kekalahan 2-0 Ahad lalu ditangan Manchester City.



Gurauan kelab Bayer Leverkusen itu dilihat cuba melobi bekas pemain mereka yang juga penjaga gol baru Arsenal, Bernd Leno untuk bermain.

Tidak dapat dinafikan media sosial kelab-kelab Jerman gemar membuat gurauan terhadap mana-mana lawan mereka terutamanya kelab Inggeris, namun gurauan mereka kali terhadap Petr Cech jelas tidak dapat diterima oleh penjaga gol utama Arsenal itu.

Cech menuduh kelab Jerman itu kurang profesional selepas tweet dari Leverkusen menyoroti keupayaan Leno untuk memainkan bola dari belakang berikutan tindakan Cech untuk melakukannya ketika menentang Man City.

Ianya dimulakan apabila peminat dan penyokong Arsenal yang tidak asing lagi dengan video berbentuk .gif, ArsenalTerje memuat naik aksi Cech yang hampir-hampir melakukan kesilapan dalam usaha untuk memulakan gerakan serangan Arsenal.
Kemudiannya, video tersebut dibalas ataupun dikicau semula oleh Bayern Leverkusan dengan kapsyen "Kami mungkin mengenali seseorang ..." (merujuk kepada penjaga gol) sebelum kicauan kedua dengan kapsyen, 'In case you all were wondering how to play out of the back' beserta video (seperti dibawah).


Susulan itu, Cech membalas tweet tersebut dengan ayat berikut:


"Di Arsenal kami berkongsi nilai-nilai penting yang menjadikan kami sebuah kelab besar bukan hanya pada sudut bolasepak. Persaingan yang adil, profesionalisme dan semangat kesukanan adalah yang paling besar yang mana anda mengajar pemain muda dan ianya amat sedih untuk melihat kelab lain tidak berkongsi nilai-nilai yang sama, "tulis Cech di laman Twitter beliau.



Bagaimanapun, Leverkusen bertindak balas dengan mengeluarkan permohonan maaf dalam tweet mereka dengan mengatakan bahawa tweet tersebut hanyalah (bermaksud) sebagai "banter."


Selepas perlawanan tersebut, Petr Cech menegaskan bahawa beliau seronok dan menikmati cara permainan serta taktikal baru dibawah kendalian Emery.

"Saya harus mengatakan bahawa saya suka kerana saya bermain di bawah pengurus yang berbeza dengan gaya yang berbeza dan sepanjang sebahagian besar karier saya selalu diminta bermain hantaran jauh, jadi ini adalah perubahan yang menyenangkan untuk saya dan ini sangat berguna apabila anda mahu mengalahkan sebuah pasukan yang mengawal permainan menerusi penguasaan, "kata Cech kepada laman web Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post