Arsene Wenger dipecat menurut pendedahan Jack Wilshere

Jack Wilshere telah mendedahkan bahawa bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dipecat dan bukannya meninggalkan kelab diatas kerelaan dirinya.



Pengurus lagenda Arsenal itu telah mengemudi pasukan selama 22 tahun bermula 1996 sehinggalah pada penghujung musim lalu (2017/18).

Dan berita mengenai perletakan jawatan beliau amat mengejutkan dimana Wenger secara tiba-tiba mengumumkan persaraan beliau walaupun pada awalnya beliau kelihatan begitu yakin untuk menamatkan khidmat beliau berdasarkan kontrak yang masih berbaki setahun (sehingga penghujung musim 2018/19).


"After careful consideration and following discussions with the club, I feel it is the right time for me to step down at the end of the season,"  - Arsene Wenger.

Arsenal ketika itu bergelut dengan prestasi dan perebutan ditangga keenam liga, melihatkan situasi tersebut adalah meragukan untuk seorang yang begitu mencintai Arsenal dan tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau banyak membina Arsenal melepaskan tanggungjawab tersebut secara mendadak (bagaikan tidak bertanggungjawab).

Namun alasan beliau untuk tidak sampai hati melihat Arsenal mengalami 'kehancuran' menyebabkan tindakan beliau secara mengejut meletak jawatan kurang dipersoalkan.

Dan ianya juga memberikan kegembiraan kepada mereka yang telah lama menantikan perubahan terhadap Arsenal dengan Wenger tidak lagi menguruskan kelab.


Perkembangan itu turut menyebabkan masa depan pemain yang memiliki DNA Arsenal, Jack Wilshere berada didalam situasi tidak menentu.



Wilshere yang menyertai Arsenal ketika zaman kanak-kanak (berusia sembilan tahun), membesar bersama Arsene Wenger di Arsenal akhirnya turut mengikuti jejak langkah Wenger meninggalkan Arsenal.

To the man who gave me my chance as a 16-year-old, and showed unbelievable faith and commitment towards me. Always a gentleman, like a father through tough times in my career. He always believed in me when most people didn’t. Thank you for everything boss! It’s down to us now to end your era right. #onearsenewenger’’ - Jack Wilshere.


Beliau bertindak meninggalkan kelab setelah berunding bersama pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dan beliau diberitahu bahawa sukar untuk dirinya beraksi didalam kesebelasan utama Arsenal musim ini.

Dan beliau akhirnya menyertai West Ham pada musim ini secara percuma setelah gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal.

Beliau juga membuat pendedahan mengenai keputusan Wenger meninggalkan Arsenal dengan dakwaan bahawa pengurus tersebut dipecat dan bukannya meletak jawatan diatas kerelaan dirinya.

"Saya berada di tahun terakhir kontrak saya, dan saya bercakap dengan pengurus pada masa itu, Arsene Wenger," katanya kepada BBC Focus Football.

"Dan dia berkata bahawa mereka tidak akan menawarkan saya perjanjian (kontrak) baru dan saya boleh pergi."

"Namun pada masa itu saya cedera dan ianya begitu sukar, kerana saya tidak cergas dan saya tidak beraksi, dan tidak banyak pasukan yang mahukan saya dalam keadaan itu."

"Jadi saya memutuskan untuk tinggal dan saya kembali ke pasukan dan akhirnya mereka menawarkan saya perjanjian baru pada Januari yang sudah tersedia untuk ditandantangani saya, dan kemudian Arsene dipecat."

"Ia amat mengejutkan dan pelik, semua orang terkejut dan Per Mertesacker, kapten pasukan hanya berkata beberapa perkataan dan saya rasa semua orang  berada dalam situasi terkejut."

"Ia pelik. Tiada sesiapa pun dapat mengagak perkara ini, tetapi ia mengubah segala-galanya, dan saya ingin menunggu sebelum membuat sebarang keputusan untuk bercakap dengan pengurus baru."

"Dan saya akhirnya dapat berjumpa dan berunding bersama beliau (Emery) dan dia sangat mengagumkan, dia jujur dengan saya."

"Dia berkata anda boleh tinggal, tetapi anda tidak akan berada di permulaan kesebelasan pasukan, jadi saya fikir ia masa yang tepat untuk pergi."

Arsenal bakal berdepan juara bertahan, Manchester City dilaman sendiri jam 11 malam nanti (waktu Malaysia) sementara West Ham bakal berkunjung ke Anfield menentang Liverpool jam 8.30 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post