Unai Emery menjadi tumpuan ketika ini selepas berakhirnya era Wenger.

Unai Emery menghadapi tugas yang 'menakutkan' untuk mengangkat Arsenal kembali menjadi pasukan yang menggerunkan ketika pemain-pemain Arsenal memulakan kempen pertama Liga Perdana Inggeris tanpa Arsene Wenger sebagai pengurus mereka semenjak 22 tahun.

Menamatkan saingan musim lalu dengan 37 mata di belakang Manchester City, pasti ianya memberi tekanan buat Emery pada musim ini.

Dan menghadapi juara musim lalu, City pada malam ini sebagai perlawanan pertama beliau bersama Arsenal, bakal memberikan pandangan awal mengenai bagaimanakah Emery mampu memberikan ataupun mengembalikan harapan peminat selain 'membersihkan' Arsenal daripada aksi mengecewakan musim lalu.

Serta lawan beliau malam ini bukanlah lawan yang baru dikenali beliau, malah Emery pernah berdepan 10 kali menentang skuad yang pernah dibimbing Pep Guardiola sebelum ini ketika di La Liga.

Emery setakat ini masih gagal menewaskan Guardiola dalam 10 pertembungan mereka sebelum ini.

Arsenal yang tergolong dalam senarai Big Four pada era 2000 yang kemudiannya menyaksikan kemasukan Manchester City dan Tottenham pada tahun 2010 menyebabkan kuasa 'Big Four' ini meluaskan empayar menjadi Big Six.

Namun Arsenal tidak pernah gagal untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kecuali dua musim terkini iaitu pada musim lalu dan musim ini.

Dan Arsenal merupakan pasukan kedua yang konsisten dikalangan Big Six untuk menamatkan saingan dengan berada di Top Four  sebanyak enam kali dan City mengungguli kedudukan dengan sentiasa menamatkan saingan berada di Top Four selama lapan musim semenjak Big Six diperkenalkan.

Rekod Pasukan Big Six dari musim 2010/11 - terkini
MUSIM ARSENAL CHELSEA LIVERPOOL MAN.CITY MAN.UNITED TOTTENHAM
2010–11 4 2 6 3 1 5
2011–12 3 6 8 1 2 4
2012–13 4 3 7 2 1 5
2013–14 4 3 2 1 7 6
2014–15 3 1 6 2 4 5
2015–16 2 10 8 4 5 3
2016–17 5 1 4 3 6 2
2017–18 6 5 4 1 2 3
TOP FOUR 6/8 5/8 3/8 8/8 5/8 4/8
TOP SIX 8/8 7/8 5/8 8/8 7/8 8/8

Sudah tentu, tugas mengembalikan Arsenal selaku 'kuasa-kuasa' besar Liga Perdana Inggeris merupakan satu tugasan yang berat buat Emery.

Dan ini menyebabkan beliau menjadi perhatian ketika ini serta sudah pasti media dan pundit akan melancarkan 'serangan' seandainya beliau gagal dalam beberapa perlawanan bersama Arsenal ketika ini.

"Pada masa lalu, Arsenal telah memenangi perlawanan dengan corak bolasepak yang hebat, kecemerlangan individu dan pemain penyerang hebat,"

"Apa yang akan kita lihat Arsenal musim ini adalah memenangi perlawanan secara taktikal dengan lebih banyak. Anda akan melihat permainan dan berkata 'Itulah pengurus, dia telah mencorakkan dengan cara tertentu'. kata bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

Post a Comment

Previous Post Next Post