Sumber kedua dakwa Arsenal ada membuat tawaran untuk mendapatkan Dembele.

Pada 8 Ogos kami melaporkan dimana Mundo Deportivo mendakwa Arsenal menumpukan perhatian penuh terhadap perkembangan Ousmane Dembele di Barcelona dengan Unai Emery melihat pemain tersebut sebagai pemain yang ideal untuk Arsenal.

Malah media Sepanyol itu turut mendakwa bahawa perpindahan Dembele ke Arsenal boleh dicapai dengan bayaran sebanyak € 100 juta yang akan dipertimbangkan oleh Barcelona.

Dan sehari selepas itu, wartawan Sepanyol, Kike Marin melaporkan bahawa The Gunners telah membentangkan tawaran bernilai € 100 juta untuk mendapatkan Dembele.

Walaupun dakwaan tersebut dinafikan David Ornstein dengan mengatakan bahawa laporan tersebut adalah palsu, namun sumber kedua kini mendakwa bahawa Arsenal telah membuat tawaran kepada bekas pemain Borussia Dortmund itu. 

RAC1 melaporkan pihak Unai Emery mahu mengambil pemain berusia 21 tahun itu dalam perjanjian pinjaman dengan tujuan untuk membelinya pada musim panas yang akan datang, namun pihak Barcelona telah menolak tawaran tersebut.

Arsenal dilaporkan telah menawarkan bayaran pinjaman sebanyak €10 juta yang dikira sebagai pendahuluan dan baki sebanyak €90 juta (yang ditetapkan) akan dibayar pada musim panas tahun 2019. 

Walau bagaimanapun, pihak Ernesto Valverde dilaporkan tidak akan melayan mana-mana tawaran termasuklah tawaran yang dibuat Arsenal kerana mereka masih memerlukan pemain sayap Perancis itu bersama mereka.

Tidak dapat dipastikan kebenaran laporan kedua dan sebelum ini serta adakah ianya benar sebagaimana didakwa David Ornstein bahawa ianya adalah palsu semata-mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post