Arsene Wenger terima penghormatan tertinggi Liberia.

Arsene Wenger berlepas ke Liberia minggu ini untuk menerima kehormatan tertinggi negara itu atas peranannya dalam membantu presiden negara, Geoge Weah, sebagai pemain bola sepak.



Wenger menandatangani Weah ketika beliau menjadi pengurus Monaco dengan membawa pemain tersebut dari Afrika pada tahun 1988 untuk menyertai Ligue 1. 


Pada tahun 1995, Weah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia dan juga turut memenangi Ballon d'Or pada tahun yang sama dan beliau menjadi satu-satunya pemain Afrika yang memenangi anugerah tersebut.

Selain Wenger, bekas jurulatih Weah, Claude Le Roy turut bakal menerima penghormatan tertinggi negara tersebut.

Populariti Weah dari karier bolasepaknya menyaksikan beliau memenangi kempen pilihanraya presiden Liberia pada Disember lalu.

"They will be honoured by the government of Liberia on August 24, National Flag Day for their role in President George Weah's footballing career," a spokesman said.

Weah, 51, dipilih sebagai presiden negara Liberia pada tahun 2017 dan sentiasa menegaskan bahawa Arsene Wenger telah memainkan peranan penting dalam hidupnya.



Bekas penyerang itu sebelum ini mengatakan bahawa Wenger ibarat seorang bapa kepadanya dan mengakui dia memerlukan bantuan bekas pengurus Arsenal itu untuk berjaya di Eropah. 

Kempen pilihanraya presiden Liberia.
Beliau pernah memberitahu Guardian pada masa kempen pilihanraya presiden dilangsungkan: 

"Dia (Wenger) adalah tokoh bapa dan menganggap saya sebagai anak lelakinya. Itulah Wenger, ketika isu perkauman berada di puncaknya, beliau menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada saya."

"Dia mahu saya berada di padang untuknya setiap hari."

"Suatu hari, saya agak penat menjalani latihan dan memberitahunya bahawa saya mengalami sakit kepala."

"Dia berkata kepada saya: 'George, saya tahu ia sukar tetapi anda perlu bekerja keras. Saya percaya dengan bakat anda, anda boleh menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia. "

"Jadi, saya mendengar pesanan beliau dan meneruskan usaha tersebut. Selain  tuhan, saya fikir tanpa Arsène, saya tidak akan berjaya di Eropah."


Weah menjaringkan 66 gol untuk Wenger sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain dan beliau memenangi Ballon d'Or hanya beberapa musim kemudian.


Karier Bolasepak Weah.
Kelab Musim Penampilan jaringan
Monaco 1988–89 38 17
1989–90 24 8
1990–91 40 18
1991–92 47 23
Paris Saint-Germain 1992–93 45 23
1993–94 40 14
1994–95 53 18
Milan 1995–96 36 15
1996–97 35 16
1997–98 32 13
1998–99 30 9
1999–2000 14 5
Chelsea 1999–2000 15 5
Manchester City 2000–01 9 4
Marseille 2000–01 20 5
JUMLAH 478 193

Anugerah dan Pencapaian
  • African Footballer of the Year: 1989, 1994, 1995
  • FIFA XI: 1991, 1996 (Reserve), 1997, 1998
  • French Division 1 Foreign Player of the Year: 1990–91
  • UEFA Champions League Top Scorer: 1994–95
  • BBC African Footballer of the Year: 1995[
  • Onze d'Or: 1995
  • Ballon d'Or: 1995
  • FIFA World Player of the Year: 1995
  • ESM Team of the Year: 1995–96
  • Onze d'Argent: 1996
  • FIFA Fair Play Award: 1996
  • FIFA World Player of the Year – Silver award: 1996
  • IFFHS African Player of the Century: 1996
  • World Soccer's 100 Greatest Footballers of All Time: 1999
  • FIFA 100: 2004
  • Arthur Ashe Courage Award 2004
  • Golden Foot Legends Award: 2005
  • A.C. Milan Hall of Fame
  • IFFHS Legends

Post a Comment

Previous Post Next Post