Mampukah Ospina membuat debut bersama Napoli hujung minggu ini?

Penjaga gol Arsenal yang dipinjamkan ke Napoli mampu membuat debut untuk kelab barunya pada hujung minggu ini dengan pengurus pasukan akan mendedahkan kesebelasan utama skuad pada Sabtu ini.


Semenjak menyertai Arsenal pada Julai 2014, beliau gagal untuk membuat penampilan dalam kesebelasan utama Arsenal secara tetap dan khidmat beliau sering kali digunakan dalam saingan domestik yang lain selain aksi liga.

Pun begitu, ianya tidak menghalang beliau untuk menyarung jersi utama skuad kebangsaan Colombia.

Kemasukkan Bernd Leno musim ini menyukarkan lagi peluang beliau untuk beraksi bersama skuad Arsenal dan akhirnya menyaksikan beliau menyertai kelab Itali, Napoli secara pinjaman.

Menyertai Napoli untuk sepanjang musim ini juga menyaksikan bahawa beliau tidak akan menerima tugas mudah apabila turut mendapat saingan daripada penjaga gol kelab tersebut seperti Alex Meret dan Orestis Karnezis untuk menjadi pilihan utama Carlo Ancelotti.

Menurut Corriere dello Sport, perebutan menjadi No. 1 kini hanya tertumpu diantara Ospina dan Orestis Karnezis selepas penjaga muda Itali, Alex Meret dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan tangan (patah tangan) yang dihadapi pemain tersebut pada latihan pra musim baru-baru ini.


Dengan Napoli kini mempunyai dua penjaga gol utama (Ospina dan Karnezis), sudah tentu peluang buat penjaga gol Arsenal itu merebut tempat juga terbuka.

Akhbar Itali itu mendedahkan dimana Ancelotti tidak akan menamakan siapakah yang akan dipilih  untuk posisi No. 1 tersebut sehingga Sabtu ini, dimana pasukannya sedia menghadapi Milan bagi saingan kedua Serie A selepas berjaya menewaskan Lazio 2-1 pada perlawanan pertama minggu lalu.

Karnezis beraksi pada perlawanan menentang Lazio tempoh hari, namun Corriere percaya bahawa peluang buat pemain Arsenal itu untuk mengambil alih posisi tersebut pada hujung minggu ini juga tidak mustahil bagi membuktikan kehebatan pemain tersebut.

Ospina meninggalkan Emirates pada musim panas ini selepas Unai Emery menjelaskan bahawa dia tidak berada dalam perancangan pengendali kelahiran Sepanyol itu musim ini selepas membawa masuk Bernd Leno dari Leverkusen dan mengekalkan Petr Cech bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post