Arsenal gagal dapatkan pertahanan Lille, Hamza Mendyl ekoran masalah permit kerja.

Pengarah Sukan Schalke, Heidel dedahkan bahawa pemain yang baru ditangatangani mereka,  Hamza Mendyl mungkin menjadi milik Arsenal jika tidak kerana permit kerja.



Schalke menewaskan Arsenal dalam usaha menandatangani pertahanan Lille, Hamza Mendyl pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Dalam pengakuan terkini, Pengarah Sukan kelab Jerman itu, Christian Heidel mendedahkan bahawa beliau tidak menyangka kelab beliau itu mampu menandatangani pemain pertahanan Maghribi tersebut.

Menurut beliau, pemain antarabangsa Maghribi itu, hari ini menjadi pemain Arsenal jika tidak kerana masalah permit kerja di UK.

"Saya rasa dia akan pergi ke Arsenal." jelas Christian Heidel apabila ditanya mengenai masalah permit pemain tersebut yang menghalangnya menjadi pemain Arsenal.

Mendyl juga menarik minat Newcastle United namun masalah permit kerja menghalang beliau untuk  beraksi di Liga Perdana Inggeris walaupun mempunyai 13 caps bersama Maghribi.

Menurut laporan, pemain antarabangsa Maghribi itu disekat daripada berpindah ke Liga Inggeris oleh FA dan pihak berkuasa kerajaan.

Pemain pertahanan itu kemudiannya menyertai Schalke minggu lepas dalam perjanjian perpindahan bernilai €7 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post