Barcelona sah tandatangani Arturo Vidal.

Barcelona telah mengesahkan perjanjian untuk menandatangani Arturo Vidal dengan bayaran perpindahan yang dijangka berjumlah € 30 juta.


Pemain tengah Bayern Munich itu sebelum ini dikatakan kemungkinan akan kembali ke Serie A pada awalnya, namun beliau akhirnya dilaporkan telah mengadakan rundingan bersama Barcelona dua hari lalu.

Dan rundingan bersama Barcelona itu berjalan dengan pantas dan lancar serta dilaporkan juga bahawa Vidal meninggalkan kem latihan Bayern pada petang Jumaat (semalam).

Bagaimana pun pemain kebangsaan Chile ini dilaporkan masih belum menjalani ujian perubatannya namun begitu dipercayai bahawa beliau akan menandatangani kontrak selama tiga tahun di Camp Nou.

Vidal, 31 tahun menghabiskan tiga musim di Allianz Arena dengan menjaringkan 22 gol dalam 132 penampilan.

Barcelona terdesak untuk mencari pemain tengah bagi memperkukuhkan barisan tengah skuad mereka selepas kehilangan pemain tengah legenda, Andrés Iniesta dan bersetuju untuk menjual Paulinho ke Guangzhou Evergrande.

Post a Comment

Previous Post Next Post