Pemain remaja berbakat Arsenal, berusia 18 tahun sertai Everton

Penjaga gol muda berbakat besar Arsenal, João Virginia telah menandatangani perjanjian menyertai Everton.


Pemain berusia 18 tahun kelahiran Portugal itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Everton setelah menghabiskan tiga tahun di Arsenal.

"Saya sangat gembira untuk menyertai Everton," kata Virginia.

"Saya berharap dapat belajar lebih banyak dari penjaga gol di sini, Jordan Pickford yang mempunyai musim hebat dan beraksi di Piala Dunia selain Maarten Stekelenburg, yang sangat berpengalaman juga. Ini peluang yang baik untuk saya. "

Beliau menyertai Arsenal pada Julai 2015 dan sepanjang tiga tahun bersama Arsenal, beliau telah membuat 41 penampilan bagi saingan dan skuad seperti:

Skuad/ Saingan Penampilan
Arsenal FC U18 37
Arsenal FC U23 3
Arsenal FC UEFA U19 1

João Virginia merupakan sebahagian daripada ahli pasukan kebangsaan Portugal B19 yang memenangi Kejuaraan U19 Eropah pada 29 Julai lalu.

Highlight perlawanan akhir Kejuaraan U19 Eropah  Portugal B19 vs Finland B19

Post a Comment

Previous Post Next Post