Pergolakan pemain Barcelona, Dembele dengan perpindahan mendakwa Arsenal memperolehi kelebihan.

Masa depan pemain muda termahal Barcelona, Ousmane Dembele bersama kelab tersebut terus mengundang persoalan lebih-lebih lagi menjelang penutupan jendela perpindahan buat Liga Perdana Inggeris.

Beliau ketika ini begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sehingga laporan Fox Sport mengatakan Arsenal sanggup menukarkan Aaron Ramsey untuk mendapatkan pemain tersebut.

Pun begitu media Sepanyol, Don Ballon semalam melaporkan dimana Manchester mungkin mampu 'mengacau' perpindahan Dembele ke Arsenal apabila mereka (Manchester) mahu menukarkan Pogba untuk pemain tersebut.

Dan mengikut laporan media Sepanyol, Sport kini mendakwa khabar angin pemain sayap tersebut untuk menyertai Arsenal semakin kukuh dan The Gunners kini 'mendapat kelebihan' selepas Dembele dilihat bergambar bersama beberapa bintang Arsenal.


Situasi tersebut menurut Sport memperlihatkan 'cabaran' Dembele bagi memberi tekanan kepada Barcelona.

A post shared by Pierre Aubameyang (@aubameyang.papa) on

Dembele menyertai pasukan Ernesto Valverde dari Borussia Dortmund dengan bayaran perpindahan berjumlah €105 juta, termasuk beberapa klausa - bonus tambahan pada musim lalu.

Sport turut mendakwa ketibaan Malcom, ditambah pula dengan kekurangan keyakinan Barcelona terhadap Dembele (menggunakan beliau), menyebabkan perpindahan pemain tersebut sukar untuk ditolak, lebih-lebih lagi pemain tersebut dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah.

Malah Mundo Deportivo turut berkongsi pandangan yang sama dengan Sport dalam laporan mereka hari ini.


Dembele mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Aubameyang, yang mana mereka berdua bermain bersama di Signal Iduna Park selama satu musim dan mereka telah menjadi kawan baik semenjak itu.

Sehingga kini tiada laporan kukuh yang mengatakan bahawa kedua-dua kelab itu telah melakukan rundingan serius mengenai perpindahan ini dan laporan media ketika ini dilihat secara sengaja memperbesar-besarkan dalam melaporkan perkembangan perpindahan Dembele ke Arsenal.

Namun, segalanya juga mungkin berlaku... dan adakah kita bakal menerima kejutan menjelang penutupan jendela perpindahan nanti?

Post a Comment

Previous Post Next Post