Benarkah Joel Campbell di abaikan dan dibiarkan keseorangan?

Beliau ditinggalkan ketika skuad 25 pemain Arsenal menyertai siri jelajah pra musim bagi menghadapi saingan International Champions Cup menentang Atletico Madrid dan PSG di Singapura.



Namun Campbell, 26 tahun kembali ke London Colney bagi menyertai latihan bersama Lucas Torreira dan Stephan Lichtsteiner yang diberikan cuti selepas terlibat dalam kejohanan Piala Dunia.

Dalam video latihan yang dimuat naik oleh Arsenal pada laman youtube, Campbell dilihat bagaikan terpinggir, bukan sahaja daripada Emery malahan dikalangan pemain-pemain Arsenal.

Dan ini mencetuskan reaksi 'kesian' daripada peminat Arsenal yang melihat video berkenaan (anda boleh tonton dibawah).

Antara sebagian komen yang dluahkan peminat Arsenal pada laman Youtube Arsenal.
Selain reaksi simpati yang diluahkan peminat mengenai nasib yang menimpa Campbell, mereka juga mahukan pihak Arsenal mengekalkan beliau dan memberi peluang terakhir bagi pemain kebangsaan Costa Rica ini membuktikan kehebatannya.

Ketika rakan-rakan sepasukan kelihatan ceria menjalani latihan dan bergurau senda bersama mereka, Campbell dilihat bagaikan keseorangan dan kurang berkomunikasi serta bergurau.


Apa komen anda?Adakah anda turut merasakan beliau keseorangan? Dan adakah masalah komunikasi yang menjadi punca?

Dengan kontrak hanya tinggal setahun lagi, adakah beliau masih mempunyai harapan untuk kekal bersama Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post