Pemain Arsenal yang boleh dilepaskan sebelum tamat jendela perpindahan bagi Emery melakukan perubahan

Kira-kira hanya tinggal sembilan hari sahaja lagi untuk kelab-kelab Inggeris membeli pemain bagi persiapan musim 2018/19 dan berikut adalah beberapa pemain Arsenal yang mungkin dilepaskan bagi membolehkan Emery mendapat dana tambahan.



Selepas 9 Ogos 2018 (5.00pm waktu BST), mana-mana kelab Inggeris tidak lagi dibenarkan untuk membeli ataupun melakukan perpindahan masuk pemain melainkan permain tersebut merupakan ejen bebas (tidak terikat dengan mana-mana kontrak).

Pun begitu, kelab-kelab Inggeris ini tetap mampu melakukan aktiviti penjualan pemain ataupun pinjaman kepada mana-mana kelab luar sehingga 31 Ogos (baca disini).

Dan menjelang tarikh tutup jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris yang tinggal hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi dan dalam jangka masa itu juga ianya bakal menentukan sama Arsenal akan melakukan pembelian pemain lagi atau tidak setelah mendapatkan lima pemain baru musim ini.

Perkembangan ini juga sangat menarik kerana ianya melibatkan rumors perpindahan Ramsey dan Dembele yang dikatakan bakal melakukan perpindahan pertukaran pemain diantara Arsenal dan Barcelona.

Pun begitu, Arsenal juga dilaporkan bakal melepaskan beberapa pemain bagi mengimbangi kewangan kelab (perbelanjaan) dalam urusan perpindahan pemain dan ianya juga dikatakan berkait rapat dengan perpindahan Ramsey dan Dembele kerana Barcelona dikatakan mahu pertukaran pemain tersebut ditambah dengan wang perpindahan.

Berikut adalah senarai pemain yang dijangka bakal dilepaskan Arsenal menjelang penutupan jendela perpindahan musim panas ini.

1. David Ospina

Penjaga gol kebangsaan Colombia ini menjadi pilihan ketiga (penjaga gol ketiga) selepas kemasukan  Bernd Leno dan Petr Cech turut diberikan nombor skuad (jersi) No 1.

Dengan baki kontrak yang hanya tinggal setahun sahaja lagi adalah mustahil buat pemain tersebut dan Arsenal untuk melanjutkan kontrak beliau bersama kelab.

Malahan Arsenal dilaporkan sedia untuk melepaskan beliau dengan nilai perpindahan sekitara £2 juta dan Ospina ketika ini kuat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Besiktas (baca disini).



2. Carl Jenkinson

Hayat Jenkinson bersama Arsenal boleh dikatakan menghitung hari ketika ini.

Musim lalu beliau dipinjamkan setelah gagal mendapat tempat didalam kesebelasan Arsenal dan musim ini juga ianya kelihatan sama.

Walaupun pada satu ketika beliau dilihat sebagai pemain yang memiliki bakat besar namun gagal untuk mengekalkan kecemerlangan beliau.

Berusia 26 tahun ketika ini, beliau semenjak menyertai Arsenal pada tahun 2011, beliau telah menghabiskan tiga musim terkini secara pinjaman.
  • 2014/15: West Ham United
  • 2015/16: West Ham United
  • 2017/18: Birmingham City
Pemain antarabangsa England itu ditinggalkan (tidak mengikuti) Arsenal pada siri jelajah pra musim 2018/19 dan jelas beliau bukanlah sebahagian daripada perancangan Emery ketika ini walaupun masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2020.

3. Joel Campbell

Campbell turut ditinggalkan Emery pada siri jelajah pra musim 2018 dan ianya turut memberi bayangan bahawa pemain ini tiada dalam perancangan Emery musim ini.

Setelah gagal mendapatkan permit kerja apabila menyertai Arsenal, beliau telah dipinjamkan ke beberapa kelab luar.

Namun apabila berjaya memperolehi permit kerja, beliau tetap gagal untuk menempatkan diri dikalangan pemain utama Arsenal.

Semenjak menyertai Arsenal, beliau telah dipinjamkan sebanyak enam kali.
  • 2011 - Arsenal
  • 2011/12 : Lorient
  • 2012/13 : Betis 
  • 2013/14 : Olympiacos
  • 2015 : Villarreal 
  • 2016/17 : Sporting CP 
  • 2017/18 : Betis 
Dengan berbaki setahun sehaja lagi kontrak beliau bersama Arsenal, jelas ianya merupakan antara pemain yang bakal dilepaskan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini melainkan Emery memutuskan sebaliknya.



4. Lucas Perez

Perez menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama bekas kelab beliau, Deportivo, dengan berjaya menjaringkan lapan gol dan membuat enam bantuan gol.

Namun masa beliau bersama Deportivo, beliau gagal mendapat perhatian selain kecaman daripada penyokong kelab tersebut.

Ketika ini, Lazio dan Frosinone Calcio dilaporkan berminat menandatangani beliau dengan nilai perpindahan dikatakan hanya menelan belanja sekitar £7 juta (baca disini).

5. Chuba Akpom

Pemain berusia 22 tahun ini dikatakan semakin hampir melengkapkan perpindahan menyertai kelab  PAOK, Greece dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Walaupun beliau dilahirkan daripada Akademi Arsenal, namun beliau gagal untuk menembusi skuad utama Arsenal sebagaimana pemain-pemain akademi yang lain.

Kelab yang disertai beliau secara pinjaman.
  • 2014 : Brentford 
  • 2014 : Coventry City
  • 2015 : Nottingham Forest 
  • 2015/16 : Hull City 
  • 2017 : Brighton & Hove Albion
  • 2018 : Sint-Truiden
Akpom dijangkan bakal melengkapkan perpindahan menyertai PAOK dengan nilai perpindahan sekitar  £2 juta.

6. Danny Welbeck

Pemain antarabangsa England menyertai Arsenal dari Manchester United pada 2014 dan sejak itu beliau telah membuat 112 penampilan untuk kelab.

Namun kemasukan Lacazette dan Aubameyang menjejaskan peluang beliau untuk membarisi skuad utama Arsenal musim ini dibawah kendalian Emery.

Dan beliau dilihat sebagai pemain lebihan pada posisi penyerang ketika ini dan mungkin lebih banyak berada dibangku simpanan musim 2018//19 jika kekal bersama Arsenal.

Dengan kontrak bakal berakhir pada penghujung musim depan (2018/19), penjualan beliau dilihat sesuatu yang mungkin  menjadi kenyataan dengan ketika ini dikaitkan dengan Everton dan Newcastle. 

Post a Comment

Previous Post Next Post