Chelsea vs Arsenal; Analisis ringkas pasukan Chelsea dan formasi yang bakal digunakan menentang Arsenal

Perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris, Arsenal bakal bertemu dengan pasukan Juara Piala FA musim lalu, Chelsea.



Selepas menerima kunjungan Juara Liga musim lalu, Manchester City pada perlawanan pembuka liga, Arsenal bakal bertandang ke Stamford Bridge bagi menghadapi Chelsea untuk perlawanan kedua liga Sabtu ini (awal pagi Ahad, 19 Ogos waktu Malaysia).

Bagi pasukan Chelsea yang beraksi dibawah pengendali baharu, Maurizio Sarri sudah pasti mahu mengekalkan rekod kemenangan setelah berjaya menewaskan Huddersfield pada perlawanan pertama mereka (Chelsea menang 3-0 ditempat lawan).

Dan pertembungan kedua-dua pasukan ini boleh dikatakan adalah seimbang dan tiada alasan buat Emery untuk mengatakan bahawa beliau masih memerlukan masa untuk membina Arsenal.

Ini kerana lawan mereka juga beraksi dibawah pengendali baharu yang baru dimana Sarri dilantik menjadi pengendali pasukan tersebut pada 14 Julai berbanding Emery yang dilantik pada 23 Mei 2018.

TIADA ALASAN

Secara kasarnya, Emery memiliki lebih banyak masa untuk mengenali pemain-pemain dan kekuatan Arsenal berbanding Sarri bersama Chelsea, serta alasan untuk mendapatkan kesemua pemain selepas berakhirnya Piala Dunia bukanlah alasan yang kukuh jika melihatkan pertembungan kedua-dua pasukan ini.

Dan pemenang bagi perlawanan ini sudah tentu bakal menarik nafas lega dan sebaliknya, tekanan pasti menimpa pengendali yang mengalami kekalahan.


ANALISIS RINGKAS CHELSEA

Jika perlawanan pembuka liga Chelsea, Sarri menggunakan formasi asas 4-3-3, pada perlawanan ini juga Chelsea dijangka menggunakan formasi yang sama (mungkin sedikit defensive).

Cuma, Chelsea dijangka bakal melakukan perubahan pada pemain serangan dan juga tengah bagi pertemuan menentang Arsenal nanti.

Formasi dan kesebelasn utama Chelsea ketika menentang Huddersfield.
SERANGAN
Pada perlawanan kali ini (menentang Arsenal), Sarri mungkin menurunkan Hazard selaku penggempur utama mereka.

Pemain kebangsaan Belgium itu dijangka akan digunakan sebagai 'false nine' sebagai pengganti kepada Morata namun jika Sarri masih menggunakan Morata selaku penggempur utama, maka Pedro mungkin direhatkan dengan Hazard bakal bermain di bahagian sayap, disebelah kanan Morata.

Walaupun Pedro berjaya menjaringkan gol pada pertemuan menentang Huddersfield, namun Sarri tidak teragak-agak untuk mengorbankan Pedro pada separuh masa pertama dengan menggunakan gandingan utama seperti diterangkan tadi.

Seandainya gandingan tersebut gagal, kemungkinan untuk Sarri kembali menggunakan gandingan sebagaimana perlawanan pertama bakal berlaku pada separuh masa kedua atau sebaliknya.

Manakala kedudukan Willan pula masih dikekalkan pada posisi sayap kiri sebagaimana beliau beraksi pada perlawanan menetang  Huddersfield.


TENGAH

Sarri juga kemungkinan bakal menggantikan Barley pada perlawanan menentang Arsenal dengan menggunakan gandingan JorginhoN'Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek.

Ketiadaan Fabregas yang dilaporkan mengalami kecederaan pasti tidak merisaukan Sarri lebih-lebih lagi beliau memiliki  Jorginho, pemain yang menyertai Chelsea pada hari yang sama ketika beliau menyertai Chelsea.

Sudah pasti Sarri meletakkan kepercayaan penuh terhadap pemain yang pernah beraksi dibawah kendalian beliau ketika bersama Napoli.

Manakala, Kante tetap menjadi peranan utama dalam skuad Chelsea dibawah kendalian Sarri. 

Pemain Perancis ini sudah pasti diberikan kebenaran untuk 'berkeliaran' dan berleluasa diatas padang dengan sokongan padu daripada Jorginho yang bakal 'melindungi' barisan pertahanan Chelsea.

Dan Kante juga pasti diberi arahan untuk mematahkan serangan pihak Arsenal.

Perubahan terakhir mungkin pada posisi pemain yang diturunkan pada perlawanan lalu, Barkley yang mungkin akan digantikan oleh Ruben Loftus-Cheek, berdasarkan pada prestasi pemain itu (Barkley) pada perlawanan pertama.

Beliau gagal mempamerkan prestasi yang diingini Sarri dan mungkin bakal direhatkan dengan Sarri bakal mencuba Ruben Loftus-Cheek.

PERTAHANAN

Tiada perubahan pada struktur pemain dan barisan pertahanan Chelsea dengan Sarri dijangkakan mengekalkan empat pemain pertahanan yang digunakan pada perlawanan minggu lalu.

Berikut adalah gambaran skuad dan kesebelasan utama Chelsea yang bakal menghadapi Arsenal.

Ramalan formasi dan kesebelsan utama Chelsea bagi menghadapi Arsenal.


Post a Comment

Previous Post Next Post