Chelsea vs Arsenal = Sarri vs Emery, Siapa lebih berbisa?

Chelsea di bawah Maurizio Sarri dan Arsenal di bawah Unai Emery bakal berentap pada awal pagi Ahad (19 Ogos) jam 12.30 pagi waktu Malaysia.



Kedua-dua pengendali itu memulakan kempen Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dengan nada berbeza, namun perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini pada awal pagi Ahad akan memperlihatkan sejauh mana kehebatan kedua-dua pengendali tersebut.


Selain bakal menentukan kehebatan kedua-dua pengendali tersebut, ianya juga akan memberi ujian sebenar sejauh mana persaingan antara dua kelab London itu.

Menariknya mengenai kedua-dua pasukan bermusuhan ini (London Derby) adalah dimana kedua-dua pasukan ini dikendalikan oleh pengendali baharu serta gagal untuk bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Dengan Chelsea yang sering bertukar jurulatih di bawah rejim Roman Abramovich, Arsenal pula memasuki era baru bersama Emery selepas 22 tahun dikendalikan Arsene Wenger.

Walaupun kedua-dua pengendali tersebut mengakui memerlukan masa untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap, namun pertemuan awal pagi Ahad ini menjadi pengukur sejauh mana kebijaksaan mereka berdua dalam melakukan percaturan pasukan bagi meraih kemenangan.

Situasi kedua-dua pengendali tersebut hampir sama bersama kelab masing-masing dengan tidak memiliki masa yang mencukupi untuk melakukan persiapan pasukan pada aksi pra musim.

Tekanan lebih terarah kepada Emery dimana beliau mengalami kekalahan pada perlawanan pembuka liga ketika menentang Manchester City (Arsenal 0-2 Manchester City) berbanding Sarri yang berjaya meraih kemenangan dalam aksi sulung bersama kelab London itu dengan menewaskan Huddersfield 3-0 ditempat lawan.

Chelsea walaupun dipalit dengan kontroversi dan spekulasi perpindahan pemain utama mereka, namun penghijrahan Thibaut Courtois tidak banyak menjejaskan kekuatan keseluruhan pasukan mereka lebih-lebih lagi Sarri berjaya mendapatkan khidmat pemain yang pernah bersama beliau ketika di Napoli, Jorginho.

Diatas kertas, kelebihan jelas memihak kepada pasukan Chelsea lebih-lebih lagi mereka mampu menggunakan  Eden Hazard dalam kesebelasan utama mereka kali ini (menentang Arsenal).

Namun, kekalahan kepada City minggu lalu sudah pasti tidak mahu diulangi Emery dan pastinya beliau bakal menampilkan skuad terkuat beliau kali ini dengan taktikal serta teknik berbeza.

Chelsea ketika dibawah Conte hanya berjaya memenangi satu daripada lapan pertemuan dengan Arsenal sepanjang dua musim terdahulu.

Dan pertemuan kali ini juga merupakan pertemuan kali pertama Maurizio Sarri dan Unai Emery dalam sejarah mereka berdua selaku pengendali pasukan.

Mampukah Emery mengekalkan rekod kecemerlangan Arsenal bertemu Chelsea?

Adakah Sarri bakal memulakan era baru kecemerlangan Chelsea keatas Arsenal?

Rekod Pertemuan (Head to Head) Chelsea vs Arsenal untuk dua musim terkini.
24 Sep 2016Arsenal v ChelseaL3-0Premier League
04 Feb 2017Chelsea v ArsenalW3-1Premier League
27 May 2017Arsenal v ChelseaL2-1FA Cup
06 Aug 2017Arsenal v ChelseaL1-1FA Community Shield
17 Sep 2017Chelsea v ArsenalD0-0Premier League
03 Jan 2018Arsenal v ChelseaD2-2Premier League
10 Jan 2018Chelsea v ArsenalD0-0League Cup
24 Jan 2018Arsenal v ChelseaL2-1League Cup

Post a Comment

Previous Post Next Post