Sam Allardyce sifatkan taktik Emery 'bodoh'


Unai Emery tidak dapat menjelaskan permulaan awal yang sukar musim ini apabila pengendali beliau tidak senang duduk selepas mengalami kekalahan kepada Manchester City pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris.


Malah, beliau sekali lagi berdepan cabaran getir apabila berkunjung ke Stamford Bridge menentang Juara Piala FA musim lalu, Chelsea pada awal pagi Ahad ini.

Emery turut mengalami tugas sukar untuk mengubah Arsenal kembali menjadi pencabar yang digeruni selain merebut tempat dikelompok empat teratas liga musim ini bagi melayakkan Arsenal kembali ke saingan Liga Juara - Juara selepas dua musim terlepas tempat ke saingan tersebut.

Kemerosotan Arsenal dalam beberapa musim kebelakangan ini menyaksikan berakhirnya era pemerintahan Arsene Wenger selama 22 tahun dan sebarang perubahan yang bakal dilakukan Emery sudah pasti mengambil masa sebelum Arsenal mampu kembali menjadi pencabar didalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dengan peruntukan perpindahan tidak semewah pasukan lain dan Arsenal masih mengamalkan perbelanjaan berhemah sebagaimana era Wenger, sudah tentu ianya juga memberi kesan kepada perancangan Emery terhadap Arsenal.

Pun begitu, Arsenal berjaya mendapatkan lima pemain baru bagi memperkukuhkan skuad musim ini dan perpindahan yang begitu mengujakan sudah tentu penjaga gol baru yang dibawa masuk dari Bayer Levekusen, Bernd Leno dengan nilai perpindahan sebanyak £20 juta.

Dan keputusan Emery untuk tidak menggunakan bintang baru tersebut (Bernd Leno) dalam skuad utama ketika berdepan City, mengundang persoalan dan lebih mengejutkan apabila Petr Cech masih menjadi pilihan selaku penjaga gol utama Arsenal.



Taktik Emery itu dilabelkan sebagai ‘bodoh’ oleh bekas pengurus England, Sam Allardyce.

'STUPID WAY OF PLAYING' -  Unai Emery blasted by Sam Allardyce for Arsenal’s decision to play out from the back against Manchester City.
--talkSport 

Bekas bos Everton, Allardyce mengkritik Emery kerana memilih untuk meneruskan gaya bolasepak seperti yang dipamerkan ketika menentang City yang dianggapnya sebagai 'obsesi' di kalangan kelab terbesar Liga Perdana Inggeris.

"Ia adalah kesalahan pengurus," kata bekas bos England, ketika ditanya tentang prestasi Cech yang dikritik teruk."

"Jangan tanya seseorang untuk menentang Man City apa yang tidak boleh dilakukan. Anda tidak boleh bermain seperti itu berdepan Manchester City."

"Apa yang dilakukan Manchester City? Mereka menekan, tekan, tekan... mengapa anda cuba dan bermain seperti itu apabila mereka menekan, tekan, tekan?

“We are getting obsessed with this stupid ‘let’s play out from the back, split the centre halves either side of the 18-yard box and go and play from there’… it’s utter rubbish to play like that all of the time." 

Bagaimanapun, Emery masih yakin terhadap kemampuan Cech apabila berkunjung ke Stamford Bridge, iaitu gelanggang yang dinikmatinya sepanjang 11 tahun sebagai pemain Chelsea.


Anda tidak boleh mengubah mentaliti jika anda tewas perlawanan pertama. Saya mahu konsisten,” kata Emery.

Berdepan Manchester City, pasukan mengekalkan idea dan semangat sepanjang 90 minit perlawanan, walaupun kami tewas dan kami tidak akan membiarkan moral terus merudum."

Ia satu perkara yang baik, walaupun kami tewas 0-2. Saya mahu kami teruskan kerja itu dan memberi saingan dalam 90 minit, tapi dengan persembahan lebih baik berbanding Sabtu lalu.”

Post a Comment

Previous Post Next Post