Danny Welbeck tiada dalam perancangan Unai Emery bersama Arsenal bagi musim depan.

Unai Emery beri keizinan kepada Danny Welbeck untuk tinggalkan Arsenal dan bebas untuk menyertai mana-mana pasukan.


Masa Danny Welbeck bersama Arsenal telah sampai ke penghujungnya setelah Unai Emery memberitahu kepada pemain tersebut bahawa beliau (Welbeck) bebas untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Kontrak Welbeck bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim depan (2018/19) dan beliau ketika ini berada di tahun akhir kontraknya.

Sepanjang empat musim bersama Arsenal, khidmat pemain berusia 27 tahun hanya digunakan hampir 50 peratus dalam saingan liga dimana  beliau hanya membuat 80 penampilan daripada 152 jumlah keseluruhan perlawanan liga (jumlah perlawanan liga bagi empat musim - 38x4).

Semenjak menyertai Arsenal daripada Manchester United pada 2014, penyerang itu seringkali mengalami kecederaan. 

Bagaimanapun, beliau mampu menarik minat pengurus pasukan England, Gareth Southgate untuk menyenaraikan beliau dalam skuad kebangsaan England di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia dan Welbeck hanya beraksi 18 minit pada kejohanan tersebut.

Menurut The Times, Unai Emery dan Arsenal bersedia untuk melepaskan Welbeck pada musim panas ini dan Everton dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Welbeck.

Rekod penampilan empat tahun bersama Arsenal
MUSIM LIGA PIALA FA PIALA LIGA EROPAH Lain-Lain JUMLAH
P J P J P J P J P J P J
2014–15 25 4 3 1 - - 6 3 - - 28 6
2015–16 11 4 2 1 0 0 2 0 0 0 15 5
2016–17 16 2 4 2 0 0 0 0 - - 20 4
2017–18 28 5 1 1 3 1 10 3 1 0 43 10
JUMLAH 80 15 10 5 3 1 18 6 1 0 112 27
P = Penampilan, J = Jaringan

Post a Comment

Previous Post Next Post