Permintaan David Ospina terlalu tinggi, Besiktas tarik diri.

Kelab Turki mengambil langkah mengundurkan diri daripada menandatangani pemain Arsenal kerana tuntutan peribadi yang terlalu tinggi.

Fanatik melaporkan bahawa Besiktas telah menghentikan rundingan mereka bersama pemain Arsenal, setelah gagal dalam mencapai kata sepakat ketika rundingan mengenai terma-terma peribadi bersama David Ospina.

Walaupun persetujuan buat Besiktas untuk mendapatkan penjaga gol David Ospina telah dipersetujui oleh Arsenal, namun rundingan kelab tersebut bersama pemain itu gagal dicapai ekoran permintaan gaji yang terlalu tinggi dibuat oleh penjaga gol kebangsaan Colombia itu.

Ospina dilihat sebagai calon terbaik buat kelab Turki itu bagi mengisi kekosongan penjaga gol skuad utama mereka selepas menjualkan  Fabri ke Fulham. 

Walau bagaimanapun, Fanatik mengatakan tuntutan gaji Ospina merupakan halangan terbesar untuk mereka membawa Ospina ke Istanbul.

Dilaporkan bahawa Besiktas hanya bersedia membayar €2 juta setahun kepada Ospina, namun penjaga gol Arsenal itu berkeras untuk menuntut bayaran gaji sebanyak €4 juta setahun dan enggan menerima kurang daripada itu.

Kontrak Ospina bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2020 dan kemasukan Bernd Leno menyukarkan peluang beliau untuk beraksi bersama kesebelasan utama Arsenal musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post