'Diamond Eye' Mislintat temui permata baru Arsenal?

Peminat Arsenal mungkin tidak mengenali siapakah pemain muda yang dibawa masuk Arsenal musim ini dengan nilai perpindahan sebanyak  £8 juta, Matteo Guendouzi.



Ketibaan pemain tengah dari kelab division kedua Perancis, Lorient bagaikan tenggelam dengan kisah Arsenal menandatangani pemain berprofil tinggi Lucas Torreira, Sokratis, Bernd Leno dan Stephan Lichtsteiner.

Jelas peminat dan penyokong Arsenal (termasuklah penulis) tidak begitu teruja ketika pengumuman dibuat mengenai kemasukan pemain ini berbanding pemain-pemain lain (lebih terkenal dan tersohor). 😁


Guendouzi terlebih dahulu bersama akademi Paris Saint-Germain (PSG) sebelum meninggalkan  kelab tersebut pada umur 15 tahun untuk menyertai Lorient, di mana beliau akhirnya berpeluang membarisi skuad utama pasukan itu.

Selepas membuat penampilan sulungnya sebagai pemain utama pada usia 17 tahun, pemain Perancis itu berjaya membuat lapan penampilannya dalam musim 2016-17 bersama Lorient .

Namun pada musim lalu, Lorient terpaksa diturunkan liga, pun begitu Guendouzi tetap berjaya membuat 18 kali penampilan dalam kempen terakhir Ligue 2 sebelum menyertai Arsenal.

Rekod penampilan dua musim bersama Lorient
Musim Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
2016/17 Ligue 1 8 - - 2 -
Coupe de France 1 - - 1 -
JUMLAH 9 - - 3 -
2017/18 Ligue 2 18 - 1 3 1
Coupe de la Ligue 2 - - -
Coupe de France 1 - - -
JUMLAH 21 - 1 1 1



Guendouzi juga merupakan pemain kebangsaan Perancis yang mewakili pasukan bawah 18 tahun (B18), B19 hingga B20 tahun. 

Mempunyai darah keturunan Maghribi dan pernah ditawarkan serta dipujuk oleh pengurus Maghribi, Herve Renard  pada 2017 untuk mewakili negara itu, namun beliau menolak peluang tersebut dengan memilih untuk mewakili Le Bleus.

PELUANG UNTUK MISLINTAT

Keengganan Guendouzi untuk menandatangani kontrak baru dengan Lorient memberi peluang buat Mislintat untuk memujuk dan membawa beliau menyertai Arsenal setelah beliau (Mislintat) telah lama mengikuti perkembangan pemain muda yang kini berusia 19 tahun.

Sven Mislintat tertarik dengan bakat yang ada pada Guendouzi serta kelebihan yang ada pada pemain muda itu, yang mana ianya juga dilihat sebagai satu 'pelaburan' masa depan Arsenal.

Arsenal mengambil kesempatan dengan keengganan Guendouzi untuk menandatangani pembaharuan kontrak bersama kelab tersebut dengan menyelesaikan perpindahan beliau yang memakan jumlah bayaran sebanyak £7 juta serta tambahan (£1 juta) untuk Guendouzi menandatangani kontrak bersama Arsenal pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Dan penyertaan Guendouzi melengkapkan lima perpindahan yang dilakukan Arsenal bagi memperkukuhkan skuad musim ini (2018/19).




KELEBIHAN MATTEO GUENDOUZI

Guendouzi mampu bermain dan menguasai bahagian tengah pasukan, baik ketika bertahan mahupun ketika menyerang dengan mempunyai hantaran yang kemas dan tepat.

Kecemerlangan Guendouzi pada musim pertama beliau dalam saingan liga Perancis bersama  Lorient, benar-benar menangkap perhatian Mislintat apabila beliau melakukan dan mencatat ketepatan 91 peratus hantaran yang berjaya dilakukan beliau.

Selain mempunyai kecekapan dalam membuat hantaran, beliau juga mampu memecahkan pihak lawan dan mampu membaca perlawanan dengan baik sebelum melakukan ataupun melancarkan serangan (gerakan).


HERO

Kecemerlangan beliau turut mendapat pujian lagenda Arsenal, Ian Wright yang telah memuji pemain tersebut pada laman sosial Twitter beliau dengan menyifatkan Guendouzi sebagai hero.

Post a Comment

Previous Post Next Post