Kontrak Ramsey dan kedudukan beliau bersama skuad kendali Emery

Aaron Ramsey 27 tahun, ditandatangani Arsenal dari Cardiff oleh Arsene Wenger hampir sedekad yang lalu.



Dan beliau telah menjadi salah seorang pemain penting dalam skuad Arsenal dibawah kendalian Wenger serta masih mempunyai pengaruh bersama skuad Arsenal serta dikalangan rakan-rakan sepasukan.

Namun masa depan beliau bersama Arsenal kini menjadi persoalan sama ada beliau akan menandatangani kontrak baru (pembaharuan) ataupun bakal disisihkan Emery sebelum dijual pada jendela perpindahan ini, yang tinggal hanya kira-kira 10 hari sahaja lagi untuk ditutup.

Dengan kontrak bakal berakhir pada penghujung musim ini, beliau mampu berunding dengan mana-mana pasukan pada Januari (2019) ini sebelum berpindah secara percuma (free agent), sebagai pemain bebas musim berikutnya.

Walaupun Ramsey dikaitkan dengan perpindahan serta mendapat perhatian (minat) daripada kelab-kelab Inggeris seperti Manchester United dan Chelsea, namun dengan jendela perpindahan untuk kelab Inggeris melakukan pembelian telah ditutup, peluang untuk menyaksikan pemain tersebut beraksi mewakili kelab Inggeris musim ini adalah sesuatu yang mustahi.

Melainkan musim depan, pun begitu ianya tidak mustahil buat kelab-kelab Eropah lain (luar dari Liga Perdana Inggeris) untuk mendapatkan Ramsey pada jendela perpindahan musim panas ini (sekiranya rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal menemui jalan buntu).

Perkembang pemain atarabangsa Wales ini turut mendapat liputan media negara tersebut dimana akhbar Metro Wales melaporkan, Emery difahamkan tidak gembira dengan prestasi Ramsey dalam kekalahan 2-0 ketika menentang juara Manchester City.

Mereka juga melaporkan bahawa Ramsey telah berjumpa dan bercakap bersama Emery selepas perlawanan itu.

Dan disebabkan itu juga, mereka (Metro Wales) mengatakan ianya menjadi punca mengapa Ramsey bermula dibangku simpanan ketika menentang Chelsea. 

Walaupun Emery menjelaskan bahawa beliau tidak menyalahkan mana-mana individu untuk kekalahan tersebut dan mahu keseimbangan yang lebih baik pada bahagian tengah pasukan beliau.

Selain itu juga, beliau turut menegaskan bahawa pemain-pemain perlu bekerja lebih keras sebagai satu unit untuk memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan selepas tewas pada perlawanan pertama (pembuka liga).

Menurut laporan itu lagi, rakan sepasukan Ramsey dikatakan terkejut dengan tindakan Emery yang meletakkan Ramsey dibangku simpanan ketika menentang Chelsea serta mengatakan bahawa Emery tidak mahu bercakap dengan media selepas kekalahan itu.

Pun begitu selepas tamat perlawanan, Emery berkata bahawa beliau ingin mencari keseimbangan yang tepat dalam barisan Arsenal dan itulah sebabnya beliau membuat perubahan tersebut dengan merehatkan Ramsey (bermula dibangku simpanan) selain mengeluarkan Ozil dan Xhaka pada separuh kedua perlawanan (menentang Chelsea) bagi mencuba pemain-pemain lain.

Arsenal tetap yakin bahawa Ramsey akan menandatangani pembaharuan kontrak namun jika sebaliknya yang terjadi, kelab bakal menghadapi masalah besar kerana pemain tersebut boleh meninggalkan kelab secara percuma pada akhir musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post