Unai Emery mengenakan peraturan lebih keras daripada Arsene Wenger berhubung diet pemain.


Arsene Wenger berada hampir dua tahun di Jepun ketika mengendalikan pasukan Nagoya Grampus Eight dan sepanjang tempoh tersebut beliau telah mempelajari diet pemakanan yang sihat yang kemudiannya diperkenalkan beliau di Arsenal.



Bekas pengurus Arsenal itu telah mengubah diet pemain selepas beliau menyertai kelab tersebut pada tahun 1996, dengan bertindak memotong semua minuman keras dan makanan ringan serta memperkenalkan ayam panggang, ikan dan sayur-sayuran kukus.

Pun begitu Wenger membenarkan pemain melayan karbohidrat yang tinggi dengan pihak pengurusan kantin kelab juga telah mengeluarkan resipi sendiri untuk pai banoffee dalam program perlawanan.

Pai banoffee. Gambar sekadar contoh.
Namun menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mirror Irish, pengendali baharu Arsenal, Unai Emery turut memperkenalkan diet baru kepada pemain-pemain Arsenal, cuma terdapat sedikit perbezaan dimana beliau telah 'mengharamkan' minuman jus buahan selain latihan keras di gym untuk mendorong kecergasan para pemain ke  tahap tertinggi.

Emery dilaporkan telah mengambil keluar jus buahan dari menu kantin Arsenal dalam usaha beliau untuk melakukan perubahan pada tahap kecergasan utama pemain.

Selain mengenakan larangan tersebut, beliau turut memperkenalkan sesi latihan yang lebih tinggi, termasuklah sesi latihan secara personal 'one-on-one' bersama pemain.

Beliau telah memperkenalkan sesi kawalan berat badan yang ketat terhadap pemain dengan melaksanakan pengukuran lemak badan dan proses saintifik lain untuk memantau tahap kecergasan  pemain.

Dan pengurangan pengambilan minuman jus yang mengandungi banyak gula akan digantikan dengan air kosong.

Emery dan pembantunya, Juan Carlos Carcedo serta Steve Bould dilaporkan telah bekerja dengan rapat bersama pemain bagi memastikan kaedah yang dilaksanakan mereka bersesuaian dengan pemain.

Tindakan Emery dan pasukan beliau itu adalah dipercayai bagi memastikan pemain-pemain mampu beraksi pada tahap tertinggi sebagaimana bersesuaian dengan taktikal beliau yang mengamalkan 'high pressing'.

Serta bagi memastikan pemain mampu beraksi pada kecergasan tertinggi setiap pelawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post