Dilema Unai Emery dalam membentuk sebuah skuad yang mantap bagi menghadapi musim 2018/19.

Adrian James Clarke atau lebih dikenali dengan panggilan Adrian Clarke, 43 tahun merupakan bekas pemain bolasepak Inggeris yang bermain di setiap peringkat bolasepak Inggeris dari Liga Perdana ke Conference South (salah satu daripada bahagian kedua Liga Kebangsaan di England yang berada di bawah Liga Kebangsaan).



Beliau juga merupakan produk yang dilahirkan daripada akademi Arsenal namun gagal menyerlah bersama skuad utama Arsenal apabila hanya membuat sembilan penampilan sahaja semenjak menyertai skuad utama dari tahun 1991 sehingga 1997.

Selepas bersara pada 2005, beliau menceburi bidang kewartawanan dan penyiaran sukan.

Beliau pernah berkhidmat selaku penyampai, penganalisis perlawanan dan pengulas bersama untuk Arsenal Player, pakar (pundit) untuk BT Sport dan Premier League Production dan juga dijemput selaku penyampai undangan di Talksport dan BBC Radio Essex.

Beliau adalah pakar taktik untuk laman web Premier League dan menulis pada ruang mingguan untuk akhbar Today di Singapura.

Clarke kini merupakan penyampai, penganalisis perlawanan dan pengulas bersama dalam saluran televisyen rasmi online Arsenal serta penulis pada Premier League bagi ruangan analisis taktikal dan perlawanan.

Dalam tulisan terbaru beliau yang diterbitkan pada laman Premier League, beliau telah mengulas mengenai kelemahan dan perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Unai Emery disamping analisis pasukan Arsenal musim depan.

Berikut adalah analisis beliau:

Terlalu longgar
Dari segi bentuk dan disiplin taktikal, Arsenal musim lalu dilihat  terlalu longgar.

Ini dapat dilihat apabila Arsenal mencatatkan rekod terburuk apabila beraksi ditempat lawan dengan menghuni tangga ke-11 dengan hanya berjaya mengumpul 16 mata.

Jumlah mata itu merupakan separuh daripada jumlah mata yang diperolehi oleh Liverpool yang mana ianya merupakan antara pasukan yang menamatkan saingan liga musim lalu dikalangan enam teratas liga.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 19 16 2 1 45 13 32 50
2 Tottenham Hotspur 19 10 4 5 34 20 14 34
3 Manchester United 19 10 4 5 30 19 11 34
4 Chelsea 19 10 3 6 32 22 10 33
5 Liverpool 19 9 5 5 39 28 11 32
6 Burnley 19 7 7 5 20 22 -2 28
7 Leicester City 19 5 5 9 31 38 -7 20
8 Crystal Palace 19 4 6 9 16 28 -12 18
9 Bournemouth 19 4 6 9 19 31 -12 18
10 Southampton 19 3 8 8 17 30 -13 17
11 Arsenal 19 4 4 11 20 31 -11 16
Rekod perlawanan Arsenal ditempat lawan musim 2017/18.

Emery cenderung menggunakan sistem / formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1, kini bekerja keras untuk memastikan pasukan mempunyai 'kerangka' yang lebih kukuh bagi menghadapi saingan musim baru nanti.

Semasa pra-musim, Arsenal dilihat lebih teratur ketika situasi tidak memiliki bola dan mengusai perlawanan.

Dan ianya seiring dengan tuntutan Emery yang mahukan pasukan bermain dalam struktur dan berdisiplin tinggi bagi keseluruhan corak permainan pasukan.


Isu 'pressing'
Emery telah banyak kali menegaskan mengenai kepentingan menekan - pressing semenjak beliau mula mengendalikan pasukan musim ini.

Beliau mahukan pemain penyerang menutup dan menekan pemain pertahanan lawan disamping dua pemain tengah juga terlibat dalam menutup dan menekan pihak lawan.

Pressing merupakan salah satu faktor yang kurang diamalkan Arsenal musim lalu.

Penguasaan dimenangi oleh Arsenal dalam 'attacking third'
Musim Jumlah memenangai penguasaan Ranking PL
2017/18 133 13th
2016/17 191 2nd

Alexis Sanchez, Alex Oxlade-Chamberlain, Francis Coquelin dan Theo Walcott merupakan antara pemain pemain terbaik Arsenal  yang mampu bertindak pada bahagian ini - 'attacking third' dan penghijrahan mereka pada musim lalu pasti memberi kesan kepada skuad Arsenal musim ini.


Dan tugas utama Emery kini adalah untuk memastikan pemain serangan dan pemain tengah belajar untuk melakukan pressing pada waktu yang tepat dengan selaras.

Memenangi semula bola di dalam 'middle third' juga merupakan isu yang perlu diperbetulkan pada musim baru ini.

Arsenal musim lalu merupakan pasukan dikedudukan ke-9 yang mana ianya adalah paling rendah dikalangan enam pasukan teratas dan menduduki tangga ke-8 pada musim sebelum itu bagi kawasan ini (penguasaan 'middle third'). 

Kekurangan Arsenal musim lalu adalah ketiadaan pemain yang dianggap 'a ball winner' serta tumpuan kepada situasi off-the-ball mereka namun kehadiran Lucas Torreira dan ditambah dengan taktikal dan penekan Emery, seharusnya kelemahan ini dapat dibaiki dan membantu mengubah corak ini.

Dilema pemilihan
Walaupun James Clarke percaya bahawa Arsenal bakal melakukan penggiliran diantara pembentukan formasi 4-3-3 dan 4-2-3-1 yang mana ianya bergantung kepada lawan yang bakal dihadapi, namun Emery masih mempunyai beberapa keputusan sukar untuk dibuat dalam membentuk kesebelasan terkuatnya musim depan.

Alexandre Lacazette, Henrikh Mkhitaryan dan Granit Xhaka adalah tiga pemain senior yang mungkin mempengaruhi keputusan Emery dalam membariskan pemain-pemain lain dalam kesebelasan utama pasukan.

Tugas penting buat Emery untuk membawa yang terbaik dari Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil dalam rancangan beliau musim pertama bersama Arsenal.

Beliau sudah pasti mahu menggunakan Lacazette dan Aubameyang dalam kesebelasan utama pasukan dan ini bermakna beliau terpaksa menempatkan Aubameyang di sebelah kiri (sayap) pada jentera serangan Arsenal.

Perubahan yang menarik diantara kedua pemain tersebut yang mampu bertukar posisi sebagai mana yang kita lihat pada musim lalu, namun dalam 4-3-3, Emery terpaksa mengorbankan Mkhitaryan.


Pilihan lain adalah dengan meninggalkan Lacazette dibangku simpanan dan menggunakannya sebagai pemain gantian (super-sub) yang turut memberikan kesan menarik kepada Arsenal.

Ozil bebas beroperasi dalam ruang yang diberikan dalam 4-3-3 kerana kebanyakan kreativitinya pada ruang yang diberikan itu.


Dalam situasi bertahan, Ozil dilihat kurang memberi kesan kepada pasukan dan kelemahan itu bakal ditampung oleh pemain tengah seperti Ramsey yang bakal bertindak memberi sokongan baik ketika menyerang mahupun ketika bertahan.

Dan disini fungsi Ramsey sangat penting dalam menyokong pasukan dalam dua-dua situasi (menyerang dan bertahan) selain memberi tekanan kepada pihak lawan.

Walaupun Ozil dilihat lebih selesa dalam formasi 4-2-3-1 sebagai No.10, namun dalam pembentukan itu, salah seorang pemain tengah Arsenal terpaksa meninggalkan ruang tengah yang mana ianya bukanlah satu pilihan yang bakal digunakan Emery nanti.


Sistem ini boleh dilihat pada perlawanan yang berlangsung dilaman sendiri dengan lebih kerap ketika menentang pasukan yang bertandang ke Stadium Emirates dengan corak bertahan.

Terdapat banyak kerja untuk Emery lakukan ketika ini namun tanda-tanda awal menunjukkan bahawa beliau menyedari kekurangan yang ada pada pasukan sebelum ini.

Itulah sebabnya kemasukan Torreira, Sokratis Papastathopoulos dan Stephan Lichtsteiner telah menambah bisa kepada skuad selain melengkapkan Arsenal menjadi sebuah pasukan yang mantap.

Sudah pasti, pendekatan Emery akan menjadi sesuatu yang menarik untuk ditonton pada perlawanan sebenar nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post