Rumors mengaitkan Dembele ke Arsenal tidak pernah putus, setiap hari ada sahaja laporan yang menceritakan kisah perpindahan ini.
Melihatkan kepada senario ini, berasa sukar untuk mempercayai bahawa perpindahan ini akan menjadi kenyataan.
Bagaimana pun, laporan Mundo Deportivo terus melaporkan kisah ini dan terbaru mereka mendakwa bahawa Arsenal dan Manchester United kini menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap situasi Ousmane Dembele di Barcelona.
Jika sebelum ini mereka mendakwa bahawa perpindahan Dembele ke Arsenal mungkin melalui pinjaman dengan bayaran pendahuluan sebanyak £8.9 juta (10% bayaran pendahuluan) dengan baki £80.3 juta lagi dijelaskan pada musim panas tahun depan ketika melengkapkan perpindahan (pembelian) Dembele.
Namun dalam laporan terkini, mereka (Mundo Deportivo) mendakwa bahawa jika tawaran berjumlah €100 juta dibuat untuk mendapatkan Dembele, Barcelona dikatakan sedia melepaskan pemain tersebut dan mereka juga mengatakan perpindahan tersebut melalui perjanjian secara pinjaman pada tahun pertama dan pembelian pada tahun kedua.
Nilai yang sama sebagai mana dilaporkan sebelum ini dengan pendahuluan sebanyak 10% (€10 juta = £8.9 juta) dan membayar baki sebanyak € 90 juta pada musim panas yang akan datang.
Cuma laporan kali ini mereka menambah dengan mengaitkan pasukan Manchester United dalam perpindahan Dembele.
Dan perpindahan Dembele ke Manchester United hanya bakal berlaku sekiranya Anthony Martial bertindak meninggalkan kelab tersebut.
Menurut Mundo Deportivo perpindahan Dembele ke Arsenal lebih kelihatan serius berbanding perpindahan Dembele ke Manchester United dengan mereka menganggap ianya adalah spekulasi.
Kini tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi untuk menamatkan khabar angin perpindahan Dembele ke Arsenal.
Adakah ianya benar-benar akan berlaku...? Ataupun ianya sekadar spekulasi semata-mata dan mungkinkah ianya adalah sebahagian daripada permainan ejen pemain untuk mengaut keuntungan?