Kenapa pemilikan tunggal Stan Kroenke terhadap Arsenal merupakan berita yang merisaukan dan menyedihkan buat peminat.

Sekali kelab bolasepak dibeli, aset boleh dilucutkan atau mereka (kelab) boleh terjejas tanpa apa-apa yang boleh dilakukan peminat untuk menghalangnya.


Selama beberapa tahun terkini, kelab bolasepak Arsenal berada dalam kedudukan pemilikan yang sangat luar biasa.

Dua bilionair memiliki 97.13% saham di antara mereka untuk menjadi dua pemegang saham terbesar Arsenal. 

Stan Kroenke, seorang jutawan Amerika merupakan pemegang saham majoriti dengan pegangan sebanyak 67.09%, manakala individu berkuasa dari Rusia, Alisher Usmanov mempunyai pegangan sebanyak 30.04%  diatas namanya.

Bagaikan 'kebelakang' apabila kedua-dua individu tersebut yang terlibat dalam pemilikan kelab bolasepak Arsenal ini umpama sedang berperang dalam versi perang dingin.

Seorang dari Amerika Syarikat dan seorang lagi dari Rusia, dua negara yang berkuasa didunia ketika ini menjadi pemilik bersama kelab Arsenal.

Kroenke enggan membenarkan pegangan saham minoriti itu berada didalam barisan ahli lembaga pengarah kelab dan tindakan tersebut menggambarkan bahawa Usmanov ibarat 'tidak berguna' didalam syarikat ataupun kelab.

Tiada kuasa, tiada kata yang akan didengari oleh mana-mana ahli lembaga pengarah dan tiada pengaruh dalam menentukan hala tuju serta sebarang keputusan dibuat oleh kelab.

Pelbagai usaha dilakukan Usmanov sebelum ini untuk membeli saham yang dipegang Kroenke namun gagal menemui jalan penyelesaian sehinggakan beliau terpaksa akur dengan 'tekanan' yang dikenakan terhadap beliau secara 'halus' oleh Kroenke.


Tiada gunanya memilik pegangan sebanyak 30.04% tanpa memiliki kuasa atau sekurang-kurangnya memiliki 'suara' didalam kelab untuk melakukan serta menetapkan sebarang keputusan dan menyedari situasi 'pak pacak didalam Arsenal', Usmanov akhirnya mengalah.

Beliau diibaratkan sedang mendengar dan menikmati lagu instrumental, menonton perlawanan Arsenal yang mana beliau merupakan pemegang saham kedua terbesar tanpa mampu berbuat apa-apa.



Namun, ibarat 'perang' dan 'boikot' apabila saham yang ingin dilepaskan beliau itu tiada sesiapa yang sanggup membeli malahan jutawan Afrika yang begitu yakin mampu membeli Arsenal juga diam membisu setelah Usmanov mengeluarkan kenyataan untuk menjual pegangan saham Arsenal beliau.

Umpan yang dilemparkan Usmanov kian membeku, tiada yang mengena melainkan terpaksa 'menyuapkan' umpan tersebut ke mulut Kroenke dengan nilai yang dianggarkan mencecah £600 juta.

Dan nilai itulah yang bakal diterima Usmanov setelah menyuap umpan tersebut ke mulut Kroenke.

Keuntungan Usmanov akibat penjualan saham beliau itu mampu menjana ratusan juta berdasarkan nilai pelaburan awal (asal) yang dilakukan beliau.

Namun begitu, ianya bukanlah hasil yang mengerikan untuk melihat beliau menerima jutaan pound, tetapi ianya menjadi satu kebimbangan yang teramat serius kepada peminat Arsenal yang kini berdepan prospek untuk melihat kelab yang disayangi bakal dimiliki secara persendirian oleh seorang lelaki bermisai kontot.

Dan sepatutnya ianya menjadi perhatian bukan sahaja kepada mereka yang mengikuti perkembangan Arsenal tetapi kepada seluruh peminat bolasepak umumnya.

Sebaik sahaja kelab dibeli, aset juga boleh dilucutkan atau kelab dibenarkan terus binasa tanpa sebarang halangan dan tiada apa yang boleh peminat lakukan untuk menghentikannya.

Itu adalah senario terburuk yang mungkin terjadi namun apabila semuanya menjadi serba tidak kena sebagaimana yang terjadi kepada Coventry, yang mana mereka kini dimiliki oleh dana lindung nilai yang berpangkalan di London, sudah tentu ianya memberi impak yang menyakitkan ke atas kelab dan komuniti.

Apabila Kroenke memiliki kesemua saham Usmanov nanti, ianya akan membolehkan beliau untuk membeli kesemua baki saham yang tinggal dan ini memberikan beliau kuasa mutlak dengan memiliki 100% saham Arsenal.


Itu bererti ketelusan yang dimiliki selama ini bakal hilang sedikit demi sedikit dan seterusnya tiada lagi.

Dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), di mana para pemegang saham yang ianya terdiri daripada sebahagian peminat dan penyokong (pemilik baki saham daripada dua individu tersebut), sekurang-kurangnya dapat menyatakan keprihatinan masing-masing terhadap kelab dan cara kelab diuruskan bakal lenyap, tiada lagi AGM akan diadakan.


Tiada lagi aliran kewangan kelab yang dapat dilihat oleh orang ramai, tiada lagi terbitan kewangan untuk orang ramai melihat dan memahami perbelanjaan serta pendapatan Arsenal.

Dan secara kasarnya KSE (pegangan pelaburan Kroenke) boleh melakukan apa sahaja yang disukai beliau terhadap asetnya.


Arsenal menjadi milik Kroenke dan Kroenke bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap kelab yang dimilikinya itu tanpa sebarang gangguan dan suara-suara sumbang yang mengganggu beliau.

Kroenke, jutawan Amerika Syarikat yang menjadi pemegang saham terbesar Arsenal semenjak 2011 tidak pernah melabur satu sen pun terhadap kelab (selain membeli saham Arsenal).

Dan lebih malang beliau membawa badi 'kecelakaan' terhadap Arsenal dalam diam dengan (semenjak menjadi pemegang saham terbesar Arsenal pada Aprill 2011) menyaksikan Asenal semakin merundum sehinggakan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah. "Eh aku peduli ape kata si Kroenke."

Mungkin Wenger sesuai dijadikan kambing hitam Kroenke dengan meletakkan segala kesalahan dibahu bekas pengurus tersebut.

Dunia bolasepak semakin hari semakin mencabar terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dilihat semakin menonjol dan lebih dikenali didunia ketika ini.

Ketika pasukan-pasukan yang bersaing di EPL dilihat sukar menandingan kehebatan pasukan yang memiliki kuasa kewangan tanpa limit, Arsenal tetap utuh bertahan... namun sampai bila?

Dua jutawan yang merupakan pemegang saham terbesar Arsenal hanya melihat sahaja tanpa rasa cemburu untuk melihat kelab terus berjaya dan mereka hanya meneruskan urusan perbelanjaan secara berhemat dengan mengharapkan Wenger mampu mencipta kejutan dengan skuad sederhana berbanding pencabar lain yang melimpah-limpah duit turun langit bagi membentuk pasukan mantap. Eh ini dah kejayaan segera -instant success.

Mereka (kelab-kelab mewah) terus mencipta rekod pembelian paling mahal manakala Arsenal terus mencipta rekod mencipta bintang.




Seperti artikel yang penah kami keluarkan yang bertajuk "Kenapa Setan Stan Kroenke Berminat Menjadi Pemilik Arsenal?"

Tiada siapa yang dapat memahami mengapa beliau mahukan Arsenal?

Kini episod baru Arsenal yang bakal memulakan saingan musim baru yang sebelum ini, peminat dan penyokong begitu teruja untuk melihat bagaimanakah pengganti Wenger mampu membawa Arsenal, kini terpalit dengan isu pemilikan tunggal  Stan Kroenke terhadap kelab.

Eh tangkal ape yang ko pakai ni setan!

Apakah nasib yang bakal menimpa Arsenal?



God save our great Arsenal... Long live our great club... God save the Arsenal... Send us victorious... Happy and glorious!

#COYG #WeAreTheArsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post