Emery mengenai Wilshere, West Ham dan Aubameyang

Jack Wilshere sentiasa menjadi topik hangat pada sidang media yang berlangsung semalam (Khamis) menjelang perlawanan Arsenal menentang West Ham United.



Pengendali baharu Arsenal, Unai Emery telah membincangkan mengenai bekas pemain Arsenal itu dan apa yang beliau harapkan dari perlawanan Sabtu ini di Stadium Emirates serta perkara-perkara lain.

Sidang media Emery menjelang pertembungan menentang West Ham.
Berikut adalah apa yang telah beliau (Emery) beritahu kepada media sebagai mana dipetik dari laman Arsenal.com:

Mengenai Jack Wilshere yang bakal kembali ke Stadium Emirates selaku pihak lawan,

"Saya bercakap dengannya selama 15 minit di sini, di Colney sebelum dia pergi."

"Perkara pertama bagi saya adalah saya menghormati kariernya di sini. Dan kemudian, dia memilih apa yang terbaik untuk masa depannya."

"Dan untuk itu, pada hari Sabtu ini, saya tahu bahawa di sini, penyokong menyukai dia dan mempunyai penghormatan tersebut."

"Saya rasa ada sambutan yang baik untuknya di sini."

"Kemudian kita akan bermain dan kita akan berfikir selepas itu, bagi kita adalah untuk menang. Tetapi, saya (berharap) yang terbaik untuk kariernya."


Mengenai bagaimana West Ham akan menjadi lawan yang berbeza tidak seperti dahulu,

"Dalam proses kami, kami akan bermain 38 perlawanan (secara keseluruhan) menentang semua pasukan."

"Sama ada anda bermain menentang Manchester City, ia sama seperti jika anda bermain menentang West Ham pada hari Sabtu."

"Terdapat tiga mata dalam permainan ini. Sudah jelas bahawa setiap perlawanan menuntut perkara-perkara yang berbeza secara taktikalnya."

"Selepas dua perlawanan pertama, kami mengalami dua kekalahan dan kami perlu memenangi perlawanan ini menentang West Ham."

"Kesukaran dalam perlawanan ini adalah kerana West Ham merupakan pasukan yang baik dengan pemain dan jurulatih yang baik."

"Mereka mengenali dan memahami Liga Perdana dengan baik serta mereka mempunyai ramai pemain baru."

"Kami bermain dengan cara kami dan kami akan berusaha untuk mencipta idea dengan sistem kami pada hari Sabtu bersama penyokong kami di Emirates."

"Saya rasa sangat penting untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada dua perlawanan pertama."

"Kami bersedia dengan baik, saya berasa bersemangat ketika melihat pemain dalam latihan setiap hari."

Mengenai prestasi Aubameyang dan dalam latihan,

"Yang pertama adalah untuk mencipta peluang, situasi dan saat menyerang di mana pemain tiba di dalam kotak dan dengan keseimbangan untuk menggunakan ruang kecil yang diberikan pihak lawan kepada kami."

"Dan kemudian, saya pasti mereka akan menjaringkan gol jika kita mencipta banyak peluang dalam perlawanan."

"Idea pertama untuk kita pada hari Sabtu ini adalah untuk mencipta peluang ini dan kemudian keyakinan pemain untuk menjaringkan gol ketika tiba di kotak."

"Mungkin pemain tidak dapat menjaringkan tiga peluang terbaik dalam satu perlawanan dan pada hari yang lain, saya yakin mereka akan melakukan peluang yang sama dalam satu perlawanan dan menjaringkan tiga gol."


"Untuk itu, Aubameyang adalah seorang pemain yang mana dalam kariernya telah menjaringkan banyak gol dan dia akan melakukannya di sini juga."

Sumber dan Kredit : Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post