Perbincangan diantara Unai Emery dan Jack Wilshere sebelum pemain tersebut meninggalkan Arsenal.

Sebelum Jack Wilshere mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Arsenal, kita telah mengetahui bahawa beliau telah duduk dan berbincang bersama Unai Emery mengenai masa depannya bersama kelab.



Namun apakah yang dibincangkan mereka berdua?

Menurut pendedahan yang dibuat oleh laman Arsenal, Emery mahukan watak protagonis dalam projek baru beliau bersama Arsenal.

Dan mungkin kerana Wilshere gagal untuk memberikan apa yang diingini oleh pengendali tersebut, dan juga gagal untuk mendapatkan apa yang diingini bersama Arsenal, menyebabkan beliau mengangkat kaki meninggalkan Emirates.

"Perbualan kami sangat jelas," jelas Emery. 

"Bagi saya, satu perkara penting bagi beliau iaitu untuk menjadi protagonis dalam projek baru. "

"Kerana mungkin di sini dia tidak akan menjadi protagonis untuk setiap perlawanan."

"Ini adalah keadaan yang lebih kompetitif untuk dia bermain. Saya gembira jika dia mendapat protagonis (peluang untuk menjadi) di West Ham."

"Perbualan pertama adalah ke arah ini."

*protagonis - watak utama atau salah satu watak utama

"Kami bercakap dengan hormat, diantara kami berdua. Menghormati keputusannya, menghormati keputusan saya. Dan kemudian, kami bercakap dengan jelas dan membuka banyak soalan antara Jack dan saya."

"Sekarang tumpuan saya adalah kepada Arsenal dan pemain kami, dan juga saya mendoakan yang terbaik buatnya bersama West Ham,(tetapi) bukan hari Sabtu!."

"Sebelum perlawanan kita boleh mengingatnya dan kemudian dalam masa 90 minit kita memikirkan untuk memenangi perlawanan ini. "



Sumber dan Kredit : Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post