Status terkini pemain-pemain Arsenal yang mengalami kecederaan.


Menjelang sidang media Unai Emery pada hari Khamis, berikut adalah perkembangan terkini mengenai status pemain Arsenal yang mengalami kecederaan berdasarkan laporan laman rasmi Arsenal.

Ainsley Maitland-Niles
Ainsley telah mengalami retak kecil pada fibula kirinya dan akan berehat selama enam hingga lapan minggu.

Carl Jenkinson
Carl telah mengalami kecederaan iaitu terseliuh pada pergelangan kaki kanannya dan akan berehat selama enam hingga lapan minggu.

Sead Kolasinac
Sead mengalami kecederaan pada lutut kiri dan pasukan perubatan Arsenal mensasarkan beliau untuk kembali menjalani latihan pada bulan Oktober.

Laurent Koscielny
Kocielny  dalam proses penyembuhan ekoran pembedahan yang dilakukan pada tendon Achilles kanan dan pihak perubatan Arsenal mensasarkan beliau bakal menjalani latihan pada bulan November nanti.

Nacho Monreal dan Danny Welbeck
Kedua-dua pemain ini berada dalam latihan penuh.

Kredit dan sumber : Arsenal 

Post a Comment

Previous Post Next Post