Jack Wilshere ibarat Andrea Pirlo, mengikut pandangan pengurus West Ham, Manuel Pellegrini.

Manuel Pellegrini, melabelkan bekas pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere ibarat legenda Itali, Andrea Pirlo menjelang aksi berdepan Arsenal malam esok (waktu Malaysia, 10 malam).



Pemain tengah berpengalaman, Wilshere akan kembali ke Stadium Emirates, berdepan dengan bekas rakan sepasukan dan pasukan lamanya, Arsenal ketika West Ham berkunjung ke tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok.

Wilshere bakal beraksi buat kali pertama di stadium tersebut selaku pihak lawan selepas meninggalkan The Gunners secara percuma pada awal musim ini.

Sebelum ini, beliau tidak berpeluang untuk beraksi selaku pihak lawan ketika dipinjamkan ke Bournemouth kerana halangan kontrak yang tidak membenarkan beliau (pemain pinjaman) beraksi menentang pasukan asal.

Wilshere merupakan antara pemain berkualiti yang dilahirkan daripada akademi Arsenal, bagaimanapun kecederaan yang sering menghantui beliau meranapkan impian dan peluangnya untuk beraksi secara konsisten bersama Arsenal dan juga pasukan kebangsaan England.

A lot of you will remember Juventus around four or five years ago, they played with one holding midfielder. It was Pirlo. And Pirlo is the same as Jack. He has the same characteristics as Jack.

Dalam laporan terkini yang disiarkan Telegraph, pengendali West Ham iaitu Manuel Pellegrini telah membicarakan mengenai mutu permainan Wilshere yang mirip seperti legenda AC Milan dan Juventus, Pirlo.

"Jika anda memerlukan pemain-pemain yang laju, mereka tidak mampu melakukannya. Tetapi jika anda memerlukan teknikal dan kurang kehilangan penguasaan bola, mereka boleh digandingkan bersama.

"Ramai yang masih lagi ingat mengenai Juventus pada empat atau lima tahun yang lalu, mereka bermain dengan seorang pemain tengah bertahan."

"Pirlo bertindak sebagai pemain tersebut, sama seperti Wilshere. Dia memiliki persamaan dengan Wilshere," kata Pellegrini.

Bagaimanapun pendapat tersebut tidak dipersetujui oleh bekas kelab tersebut dan England, Sam Allardyce yang mendakwa Wilshere dan Mark Noble terlalu perlahan untuk digandingkan sebagai pemain tengah.

Dan Pellegrini memberikan respon berikut:

"Itu adalah pendapat beliau. Saya mengenali dan menghormati Allardyce. Setiap orang memiliki pendapat yang berbeza."

"Saya berasakan Wilshere perlu bermain dengan rentaknya sendiri. Dia bukan seorang pemain tengah bertahan."

"Dia lebih selesa di bahagian tengah dan mengawal tempo permainan serta melakukan hantaran-hantaran kepada pemain lain."

Post a Comment

Previous Post Next Post