Jens Lehmann menilai perkembangan dua penjaga gol Arsenal, Petr Cech dan Bernd Leno


Jens Lehmann telah menilai dan membuat perbandingan di antara Petr Cech dan Bernd Leno selepas Cech memulakan perlawanan pertama Arsenal musim ini ketika menentang Manchester City.



Bekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann berpendapat keputusan Unai Emery untuk memilih Petr Cech untuk perlawanan pembukaan The Gunners musim ini mungkin mencerminkan perkembangan Bernd Leno sejak tiba di London pada musim panas ini.

Cech memulakan perlawanan pembukaan The Gunners pada musim 2018/19 Liga Perdana  Inggeris menentang Manchester City meskipun Arsenal telah menandatangani penjaga gol baru pada musim panas, Bernd Leno.

Penjaga gol veteran berusia 36 tahun itu walaupun bertindak cemerlang pada perlawanan tersebut dengan menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan, namun dilihat gagal untuk bermain dari bawah (memulakan gerakan serangan) disamping  melepaskan dua gol pada perlawanan yang dimenangi pihak lawan, Manchester City di Emirates.

Lehmann 48 tahun, telah membuat 148 penampilan Liga Perdana untuk Gunners, memberitahu The Debate on Sky Sports bahawa Leno mungkin perlu mempamerkan lebih banyak aksi cemerlang ketika menjalani latihan jika mahu menggantikan Cech.

"Arsenal adalah kelab besar, gaya permainan yang berbeza, jangkaan yang berbeza dan jelas persaingan yang berbeza. Kadang-kala mereka tidak biasa dengan persaingan itu."

Ia memberitahu anda sesuatu jika seorang pemain yang berharga £ 20 juta dan telah dipilih untuk tidak bermain oleh pengurus baru. - Jens Lehmann.
"Saya tidak tahu bagaimana dia melakukan latihan, tetapi ia memberitahu anda sesuatu jika seorang yang berharga £ 20 juta, dan telah dipilih oleh pengurus baru, untuk tidak bermain."

"Itulah kekuatan skuad, mungkin salah penilaian, tetapi tiada sesiapa yang tahu kerana kami tidak ada dalam latihan."

"Kami tidak tahu siapa yang menjadi kegemaran jurulatih. Jika dia mencuba pemain baru, jika tidak pemain lain yang akan bermain."

"Bernd adalah penjaga gol yang baik, tidak ada keraguan tentang itu. Persoalannya, bolehkah dia menunjukkan lebih hebat daripada (prestasi) masa lalu? Dia mesti mengambil lebih banyak risiko dan meneruskan perkembangannya, jika dia berjaya melakukannya, jadi ianya bagus!"



Jurulatih baru Arsenal, Emery telah menerapkan corak taktikal pasukan untuk bermain dari belakang sejak ketibaan beliau pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Lehmann berkata dia 'terkejut' melihat Cech cuba bermain dari belakang  terlalu banyak ketika berdepan City tempoh hari.

"Dia masih seorang penjaga gol yang hebat dan dia harus mengubah gaya permainannya, namun kadang kala ketika permainan, ianya memberitahu anda apa yang harus dilakukan dan bukan sebaliknya."

"Saya terkejut sekali setiap kali dia cuba bermain cara begitu, yang tidak mungkin, tiada siapa yang boleh menentukan bila masa untuk bertindak begitu. Dia sangat pintar sehingga dia tahu bila dan tidak."

"Petr telah bermain beratus-ratus perlawanan dan saya fikir kadang-kadang dia akan menendangnya jauh sebelum ini, kini dia dibawah tekanan untuk tahun ini."

"Setiap perlawanan menentukan apa yang perlu dilakukan dan bukan gaya tertentu yang perlu anda mainkan."


Pun begitu, Lehmann berkata beliau percaya bahawa Cech boleh menyesuaikan diri dengan tuntutan pengendali baharu Arsenal, Unai Emery.

"Walaupun pada usia 36 tahun anda boleh berlatih dan bertambah baik, namun ianya bergantung kepada jumlah hantaran yang perlu anda lakukan."

"Juga, kadang-kadang lebih baik untuk tidak untuk melakukan apa yang disuruh jurulatih kerana pada saat itu anda memahami permainan lebih baik daripada orang lain."

Post a Comment

Previous Post Next Post