Marseille berminat dapatkan Mohamed Elneny, menurut laporan.

Kelab Perancis, Marseille dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny.

Setelah mereka menjual Andre Franck Zambo Anguissa ke Fulham pada nilai perpindahan berjumlah €30 juta, Marseille kini dilaporkan mencari seorang pemain baru bagi mengisi kekosongkan pada posisi yang ditinggalkan oleh pemain antarabangsa Cameroon itu.

Mereka sebelum ini dikatakan mensasarkan pemain Everton, Morgan Schneiderlin sebagai pilihan utama mereka.

Dan laporan tersebut dilihat semakin kukuh setelah pihak Everton membawa masuk pemain Barcelona, Andre Gomes secara pinjaman paga Ogos lalu.

Gomes sebelum ini juga dikatakan menjadi pemain sasaran Arsenal (baca disini).

Walau bagaimanapun, laporan laman web berasaskan Marseille di Perancis, Le Phocene, mereka percaya terdapat peluang yang baik untuk pasukan Ligue 1 itu dalam mencapai keputusan positif bagi menandatangani Mohamed Elneny dari Arsenal.

Punca utama mengapa mereka beranggapan demikian adalah kerana Pengarah Bola Sepak kelab itu, Andoni Zubizarreta  merupakan peminat besar pemain antarabangsa Mesir itu yang didakwa beliau sudah cuba membawanya masuk secara pinjaman pada bulan Januari tahun lalu.

Pun begitu, tindakan Marseille dikatakan hanya berminat untuk mendapatkan Elneny secara pinjaman walaupun dana tambahan hasil penjualan Zambo Anguissa diperolehi, namun sasaran utama mereka ketika ini adalah untuk membawa masuk seorang pemain penyerang yang mungkin menelan belanja lebih besar.

Dengan jendela perpindahan bakal berakhir kira-kira dua minggu sahaja lagi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk mereka melakukan pilihan sebelum menentukan siapakah yang bakal dibawa masuk mereka pada jendela perpindahan kali ini.

Yang pasti, Arsenal dan kelab-kelab Inggeris yang lain hanya mampu melepaskan pemain, baik secara pinjaman mahupun jualan.

Dan dalam masa dua minggu ini jugalah pemain-pemain Arsenal perlu mempamerkan prestasi cemerlang untuk memikat Unai Emery sebelum senarai akhir 25 pemain yang akan didaftarkan bagi saingan Liga Perdana Inggeris dihantar pada September ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post