Joel Campbell bakal ke Itali dan ujian kesihatan bakal dijalankan.

Selepas gagal untuk mendapatkan Lucas Perez, kelab Itali yang baru melayakkan diri untuk beraksi di Serie A, Frosinone dilaporkan berminat untuk membawa seorang lagi pemain Arsenal, Joel Campbell.

Pemain antarabangsa Costa Rica, yang menghabiskan sebahagian besar masanya di kelab London sebagai pemain pinjaman, tidak mempunyai banyak masa tersisa dalam kontrak beliau bersama Arsenal apabila bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini (2018/19).

Ini bermakna musim panas ini (jendela perpindahan musim panas) merupakan peluang terbaik dan terakhir untuk Arsenal mendapatkan hasil 'pelaburan' dengan menjual pemain tersebut sebelum kehilangan secara percuma pada musim depan.

Frosinone dilaporkan ketika ini sedang berunding dengan pihak pengurusan Arsenal bagi mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu, yang mana ianya dikatakan tidak berada didalam perancangan Unai Emery bersama Arsenal.

Joel Campbell menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama kelab Betis untuk tempoh kali kedua setelah menyertai mereka pada kali pertama pada musim 2012/13.

Dan rekod penampilan beliau (Campbell) semenjak menyertai Arsenal pada tahun 2011 menyaksikan beliau lebih banyak membuat penampilan dalam saingan La Liga (52 kali) berbanding Liga Perdana Inggeris (23 kali).

Terkini, beliau dilaporkan bakal menjalankan ujian kesihatan/kecergasan bersama kelab itu yang dijadualkan pada Khamis (hari ini - waktu Eropah).

Difahamkan, beliau bakal menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab tersebut, seterusnya mengakhir tempoh tujuh tahun bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post