Zinedine Zidane 'mahu menggantikan' Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United.

Khabar angin terbaru melibatkan pasukan Manchester United adalah dimana bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.


Zinedine Zidane mahu menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United musim depan, menurut laporan.

Mourinho ketika ini menjadi pilihan 'bookie' untuk menyaksikan pengendali tersebut bakal dipecat pada musim ini selepas 'permasalahan' yang timbul pada siri jelajah ataupun persiapan pra musim pasukan itu baru-baru ini.

Pengendali itu mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan pihak pengurusan Manchester United kerana gagal mendapatkan pemain-pemain yang dikehendaki beliau selain menyalahkan beberapa pemain sedia ada pasukan tersebut.

Halaman depan akhbar Perancis, L’Equipe pada edisi keluaran Rabu (semalam) menceritakan mengenai masa depan pemain lagenda Perancis, Zinedine Zidane serta kaitan beliau ke Old Trafford yang diceritakan pada dua halaman seterusnya.

Menjadi pengurus ataupun mengurus mana-mana pasukan di Sepanyol akan menjadi sukar buat Zidane dan beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain Barcelona, yang mana ianya dilihat tidak mungkin akan berlaku.

Manakala untuk menguruskan sesebuah kelab di Itali, satu-satunya kelab yang mungkin adalah Juventus namun ketika ini gergasi Itali itu tidak menghadapi sebarang masalah dengan Allegri (pengurus pasukan ketika ini). 

Jika di Jerman, Bayern Munich baru-baru ini melantik Niko Kovac, dan Zidane pula tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PSG di Perancis.

Dan laporan L'Equipe mendedahkan dimana England merupakan satu-satunya destinasi pilihan utama untuk Zidane dengan tumpuan ke arah Manchester United.

Laporan itu juga mengatakan kemungkinan Zidane menjadi pengurus pasukan tersebut (Manchester United) mungkin akan berlaku sebelum bermulanya musim depan (dengan Mourinho dipecat dalam musim ini).



Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Zidane bakal mengambil alih skuad kebangsaan Perancis daripada Didier Deschamps, namun kejayaan pengendali itu membawa skuad Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia menyaksikan khidmat Deschamps bakal dikekalkan dan ini menutup peluang Zidane untuk mengambil alih pasukan kebangsaan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post